Posted in
Tuesday, December 29, 2009
Em hari ini adalah birthday isteri aku yang ke 27, em sedar tak sedar kami dah nak menjangkau umur 30-an dah ish ish ish ish. Untuk tahun ni sebenarnya aku tak tau nak bagi apa yang aku tahu aku nak bagi sesuatu yang lebih mahal dari yang sebelum2nya atau benda yang betul2 dia inginkan. Tapi aku tak tau macam mana nak mulakan. Nak dijadikan cerita masa aku kuar dengan wife aku ni dia dia nak cari kasut Adidas, dah lama dah dia nak tapi aku tak tau mcm mana gayanya. Dia pun bawak aku ker Butik Adidas Megamall ada lah satu ni warna putih pink, em lawa gak. Katanya senang nak pakai jalan2 stylo and kasual sikit baru cun huhhhuhuhuh.
Setelah test punya test aku kata nanti dulu la sebab harga dia pun leh tahan.
Aku : "Em nanti2 la sayang abg beli ek," kata aku dengan tersenyum.
Jua : " em k, jawap isteri aku pendek.
Pada masa yang sama aku kenyit mata pada salesgirl Adidas tu (bukan nak ngorat tapi suh letak tepi)
Apa2 pun keesokkan harinya aku pergi semula dan beli semula kasut tu dan simpan di pejabat aku sampai la hari semalam aku bawak balik tapi dengan berhati2 takut isteri aku ni terperasan. So sayang itu sahaja yang termampu abg belikan untuk sayang sesungguhnya apa yang abg beri dari keihklasan hati abg sendiri.
I Love U, my wife......
Posted in
Monday, December 28, 2009
Posted in
Kini aku memiliki umah yang aku tak idamkan sangat hhuhuhuhuh. Walaupun masih rumah sewa tapi aku cukup puas dengan perabut dan susun atur yang dilakukan. Walaubagaimanapun ianya sume tidak lah mahal2 seperti rumah2 orang lain tapi cukuplah untuk aku sejukakn mata dan tenangkan fikiran apabila balik ke rumah dari pejabat dan menjalani kehidupan rumah tangga dengan lancar bersama isteri tercinta...........
Posted in
Tuesday, December 22, 2009
Segala-galanya telah berakhir......weh weh weh berakhir apa ni, bukan berakhir yang bukan2 tapi berakhirnya kerja-kerja untuk majlis perkahwinan kawan di kedua2 belah. Dan pada 12.12.09 baru ini adalah majlis di belah aku di tempat tumpahnya darahku Sg. Petani, Kedah. Suasana sungguh meriah orang ramai dah mula datang pada pukul 11.00 tengah hari. Mungkin diaorang ni nak kenal sangat dengan anak sulung pasangan Mohd Anuar Pairin dan Jamilah Awang. Di mana mereka mungkin hanya melihat aku ketika aku berumur 0 hingga 3 bulan sahaja selepas itu tidak kelihatan hamba Allah sorang ni.
Dengan berbaju songket kuning (peh memang aku tak menjangkakan warna ni ) tapi mak aku la beriya2 benor nak warna kuning. Pada mulanya mak aku nak warna hijau tapi belah perempuan dan buat dulu kena la mengalah so kuning menjadi idaman hatinya. ( Nak gak Hijau Kuning warna kebanggaan Kedah tu em..........)
Aku berarak tepat jam 1.00 tengah hari em geng2 marhaban la lambat siap kalau tak kol 12.00 dah melantak dah huhuhuhuh.....kami berarak dekat jer mudah selang dua buah rumah jer...lepas tu kami makan beradap.....selesai makan baru kami bergambar di dalam rumah....
Aboh : "Hang jangan cabut baju ni samapai kol 6", kata ayahku
Aku : "Biar betul aboh?, panas ni", tanya aku sambil mengerutkan dahi
Mak : "Yela...mak jemput samapai kol 6 petang", potong mak aku.
Aduh berbaju songket dan bersampin labuh sampai kol 6.00 peh letihhhhhhhhh.......Aku mencari alasan em.........
Aku : "Emm kol 4 kang azwar nak g bendang nak buat outdoor", jelas aku
Mak : " Kena pegi ka?," mak aku buat lawak
Aku : " Yela memang Azwar nak sangat ambik gambar kat sawah padi ni," jelas aku
Akhirnya tepat jam 4 aku cabut dengan isteri aku, Zain dan sepupu aku. Jadinya di sini aku upload la serba sedikit kenangan di sawah padi yang selebihnya tunggu costum aku siap huuhuhuhuh. Aku balik dari sawah dah kol 5 orang masih ramai. Sampai la ke malam sapai satu masa tu aku terpaksa kejutkan isteri aku yang dah tertido sebab ada lagi sedara mara yang datang pada belah malam.
Walau apa pun aku berterima kasih pada family aku belah Kedah ni yang banyak membantu melancarkan lagi majlis menyambut menantu aku ini. Em ada lagi ni hari esok nya aku nak gi stesen keretapi lak nak buat outdoor kat sana tapi outdoor simple2 jer ...........byeeee
Posted in
Akhirnya aku berjaya jugak mencanggihkan blog-blog aku yang ada ni. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan blogku Jajan. Kalau dia tak singgah kat blog saya and chat kat blog kawan ni em tak tahu la saya sampai bila2. Biarlah orang kata saya ni kolot ker tentang blog sebab saya memang tak pakar tentang ini semua. Sekali lagi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada J@J@n.
So bagi mereka yang sudi nak membantu saya lagi pertolongan anda semua amat saya alu2kan dan di dahului dengan ucapan terima kasih.
Posted in
Monday, December 14, 2009
Ceritanya bermula pada hari Jumaat yang lalu. Hari tu aku cuti sebab aku akan bertolak ke Sg Petani, Kedah untuk majlis menyambut menantu aku di sana. Bangun pagi tu aku rasa nak nak keta aku je ke kedah tapi hati was2 gak lepas ker tak. Aku malas nak fikir sangat jadinya aku settle kan kerja2 aku sebab seminggu aku akan duk kat sana.
Keputusan telah aku buat so keputusan nya aku bawak CAG 9077 panjat Sg Petani Kedah. Bukan apa balik je aku tgk barang2 isteri aku packing peh punya la banyak tak sanggup chek nak bawak naik bas bila balik UJ nanti. Aku bertolak dari Kuantan pukul 8.00 malam destinasi pertama aku ke UJ dulu. Kol 10.00 malam bas Jengka Liner sampai dan bertolak pada pukul 10.30 malam.
Dalam perjalanan dari Kuantan ke Tol Karak tak ada perkara yang menarik sebab jalan tu biasa sangat dengan CAG aku ni. Kami berhenti ke tandas sekejap. Kami meneruskan perjalanan dan destinasi seterusnya adalah perhentian Rawang untuk konvoi sekali dengan family di sana. Masalah mula timbul apabila melepasi Tol Gombak di mana aku terlepas pas jadinya ikut pandai sendiri je nak ke Rawang tu GPS sistem lak tak dapat digunakan tak tau la kenapa. Setelah menelefon member baik ku si Amin pendek aku pun selamat sampai ke perhentian Rawang. Tapi bila sampai sana aku dengar enjin kereta ku semacam je bunyinya kasar semacam. Tapi aku buat tak tau je la. Perjalanan dari Rawang ke Perhentian Tapah biasa je cuma aku memandu keseorangan Jua dah lentok termasuk Zain em diaorang ni memang macam tu.
Sampai Tapah kitaorang berehat untuk makan makanan yang mak mertua aku bekal, Nasi Lemak da sedap la plak 2 kali aku tambah ( tanpa menghiraukan kalau makan nasi lemak akan mengantuk ). Betul lah tak sampai beberapa km aku dah mula rasa mengantuk peh tak larat sih mata jam menunjukkan pukul 3.00 pagi em memang dah masa nya. Jua dan Zain siap berkeroh lak tu em...............Tak sabar sih nak sampai perhentian Bukit Semanggol untuk tido dan mandi segar2 kan badan. Kami sampai kat perhentian Bukit Semanggol tu tepat jam 5.00 pagi abg ipar aku lak terlajak ke depan sebab cari Perhentian Bukit Merah tak jumpa aku lak lupa bagi tau dia memang la tak jumpa kalau menghala ke Alor Setar kalau menghala ke KL baru jumpa.
Kol 7.30 pagi baru la kami bertolak semula ke Sg Petani. Alhamdulillah akhirnya tepat jam 8.45 pagi kami sampai ke rumah singgah yang telah family aku sediakan...........kesimpulannya CAG 9077 telah berjaya panjat Sg Petani hahaahahahahahahha
Posted in
Thursday, December 10, 2009
Hari ini bersamaan hari Khamis 10 Dis 2009 kami warga LPPKN Kuantan secara rasminya bekerja di pejabat baru yang beralamat 64 & 64A jalan Putra Square, 25200 Kuantan Pahang. Opis 3 tingkat di mana Unit Kaunseling dan Unit Penerangan & Pendidikan di tingkat paling atas iaitu tingkat 3 ( aduh letih majat tangga ni ), manakala tingkat 2 didiami oleh Unit Pentadbiran dan seterusnya tingkat bawah dijadikan stor, lobby dan bilik pilot. Oppsss terlupa kemana peginya Klinik Nur Sejahtera Kuantan?.....Klinik Nur Sejahtera Kuantan selang 1 pintu dari Pejabat di tingkat bawah.
Secara keseluruhannya bangunan ini nampak bagus dan selesa cuma ada sedikit ketidak sesuaian seperti ruang untuk klinik sempit. Ruang kerja dan pelbagai lagi. Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana kami tidak lagi perlu bersesak2 sepertimana di pejabat lama di dalam kawasan HTAA.
tetapi bila aku dah siap kemas barang2 dimeja aku aku bagaikan tidak selesa dan seperti tidak sebest di tempat lama. ( em mungkin sebab angin baru kot ) Mungkin ada sesuatu yang mebuatkan aku kurang senang.....tapi aku kena thinking positive sebab aku nak kerja lama perkara2 hak asasi manusia aku malas nak masuk campur dah yang aku tau sekarang aku hanya buat kerja aku aku tak kacau orang itu sahaja.
"The best thing to give to your enemy is fogiveness,to an opponent, tolerance, to a friend your heart,to your child a good example,to a father deference,to your mother conduct that will makeher proud of you,to yourself respect,to all men charity"
Posted in
Kehidupan aku sekarang betul2 dah berubah, dahulu kalau balik kerja lepak2 dulu tapi sekarang tak sabar nak balik. Kalau dulu kuar malam tak tgk jam nak balik kol berapa tapi sekarang asyik tgk jam jer sampai kena tgr dengan bebudak ni (malu gak huhuhuhuh). Dulu kalau balik umah terus boleh balik and landing or internet, tapi sekarang tak lagi aku balik mesti beli barang dapur (contoh semalam kena beli beras) balik kena bantu orang rumah apa yang patut and then baru la boleh nak bertenet huhuhhuhuhu.
Tapi walau apa pun aku bersyukur kerana akhirnya kehidupan aku dah bertukar wajah. Seronok sih bila kita ada kehidupana kita sendiri yang telah kita corak dan warna kan sendiri. And kepada isteri ku .............
Thanks sayang ..................... abang bersyukur kehadrat Illahi kerana dijodohkan kita berdua.........
Posted in
Friday, November 27, 2009
Konvoi berkereta di bahagikan kepada empat bahagian:
* Kereta Lead
* Marshall
* Sweeper
* Kereta Peserta
Kereta Lead
1. Lead Car harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kereta jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.
2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi kereta tidak jarak terlalu jauh.
3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.
Sweeper
1. Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu).
2. Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead.
3. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan kereta yg tidak dalam konvoi unutk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.
4. Hubungi kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.
Marshall
1. Berada di tengah2 semasa konvoi.
2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.
3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
4. Memastikan konvoi tersusun.
Kereta Peserta
1. Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
2. Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
3. menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa
4. Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.
1) Perkara Am
Sebelum berkonvoi Buat pemeriksaan ke atas kereta anda spt memasti kan semua minyak cukup , tekanan tayar dan lain2 dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki kereta anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapat lah sekiranya memberitahu kereta Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yag mmungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.
2) Menyalakan lampu
Semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda.
Semasa waktu malam nyalakan headlight dan fog light anda.
Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan kereta maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.
3) Jangan mengekori di belakang kereta terlalu dekat
Jangan mengikut kereta di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.
4) Membenarkan kenderaan Lain Mencelah
Selalunya , Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.
5) Kereta Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.
Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap pemandu dan jkemampuan kereta peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan kereta anda masih di dalam susunn konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan kereta di belakang , di sisi berada dalam susunan.Jika kereta di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan kereta terlalu jauh ( perlahan kan juga kenderaan anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan
Susunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.
6) Berlaku Kecemasan atau Masalah.
Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan kereta SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan ( atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.
7) Tenang
Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.
8) Keluar / masuk Lebuhraya
Ada yang menggunakan Touch N Go , Tag dan tunai. Walau apa cara sekalipun anda membayar sentiasalah memperlahankan kenderaan anda dan berhenti di belakang kereta Lead di tepi dan menhidupkan lampu hazard (double signal). Jangan keluar daripada kereta. Tunggu sehingga semua berada di susunan semula (SWEEPER akan memastikan susunan ini) . Matikan double signal dan berikan signal perlahan lahan masuk ke lane perlahan unutk meneruskan perjalanan.
9) Memotong
Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan menyebabkan kereta yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya.
Posted in
Tahun ini adalah tersangat lain dari tahun2 lepas. Kerana tahun ini aku akan menyambut perayaan2 yang belum disambut bersama orang tersayang iaitu isteri ku yang tercinta. Biasanya setiap kali perayaan aku biasa saje tak adalah nak rasa balik sangat tapi semenjak aku bergelar suami orang dan ditambah pulak dengan isteri berada di kampung perasaan nak balik membuak2.
Aidil dha tahun ini aku beraya ke Lipis. Aku bukan apa, aku kesian kan Mak Ngah aku. mesti dia beraya sorang atau dengan family Chu aku jer sebab family yang lain dah balik dan cuti semasa majlis perkahwinan aku baru2 ni. Jadinya aku membuat keputusan bersama dengan isteriku untuk balik beraya ke Lipis.
seperti biasa di pagi Aidiladha aku akan ke masjid untuk sembahyang sunat Aidiladha bersama isteriku dan Mak Ngahku. nak dijadikan cite plak kami tiga beranak pakai baju warnanya sama daaaa....
Apa pun aku mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua.
Posted in
Sunday, November 22, 2009
Jam 10.00 pagi tepat kami sampai di Pintu Gerbang Felda Ulu Jempol, Jengka Pahang.
Tapi ada gak cite kelakar weh.
"Aki Azwar nak bersalin kat mana ni", tanya aku pada Aki Chu aku.
"Aok salin dalam kereta je la tak sempat dah nak ke masjid", jelas Aki Chu sambil tersenyum.
Alamak tak kan nak salin dalam Storm tu kalau tinted gelap takpe la ni terang benderang adui ya..........
Setelah semua siap sedia and dah letak bunga di area kereta masing2 kami bertolak ke rumah yang dituju sekali lagi aku di hadapan sebagai marshall tapi bila sampai aku tak leh kuar abah aku dah warning huhuhuhuhuhuh.
Majlis mula2 adalah sarung cincin bertunang kami sekeluarga menumpang di rumah Mak Lang (Nama Panggilan) selang sebuah rumah dengan rumah yang menjadi lokasi hari berbahagiaku.
Berbaju melayu putih berkilat bersamping hitam berkasut hitam bersongkok hitam segak bergaya melangkah berani menuju ke rumah yang catnya berwarna ungu (alamak macam warna pejabat aku je LPPKN)
Jantung berdegup kencang badanku terasa panas khutbah dimulakan oleh Tok Imam. Masa yang ditunggu2.........
Mohd Amirul Azwar bin Mohd Anuar.......
"Saya", jawap ku.
"Aku nikah akan dikau dengan Siti nurbaizura bin Mohd Noor dengan berwali hakim kan aku dengan mas kawin 22.50 tunai..........
" Aku terima nikah Siti Nurbaizura binti Mohd Noor dengan mas kawinnya 22.50 tunai".
"Sah". "Sah". Jawap saksi....
Alhamdulillah tepat jam 11.22 pagi aku sah bergelar suami kepada Siti Nurbaizura Binti Mohd Noor dengan sekali akad sahaja.
Selepas ini aku akan bergelar suami. Olehyangdemikian aku akan lebih bertanggungjawap dan segalanya2nya aku kenalah berkongsi bersama. Dahulu aku hanya menjaga diriku dan keluarga ku tetapi kini aku telah mempunyai 2 lagi keluarga iaitu keluarga ku sendiri dan keluarga mertua ku.
Sesungguhnya perkahwinan itu adalah ditutut oleh Allah S.W.T. Dan sesungguhnya perkahwinan itu adalah satu perjudian ada yang menang dan ada yang kalah, bergantung pada indiviru tersebut yang mengolahkannya.