RSS
Hello! Welcome to this blog. You can replace this welcome note thru Layout->Edit Html. Hope you like this nice template converted from wordpress to blogger.

Hari Bahagiaku............







Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi, aku terus bangun apabila terdengar alarm handsetku berbunyi ............tetapi tiba-tiba hatiku berdebar-debar tapi aku buat tak tau. Selepas semuanya siap aku memasukkan barang2 yang patut ke dalam kereta. Hujan masih lagi turun sejak malam tadi malah pagi ni agak lebat turunnya hujan rahmat ni. Jam dah menunjukkan pukul 8.30 pagi, perancangan awal 7.30 dah nak gerak kuikuikuikuikui.


Apabila semua nya sudah bersiap kami memulakan perjalanan dengan Storm MycarMotorsport 4X4 yang aku naiki berada di depan sebagai marshall. Geng2 Mycar yang lain semua dah berkumpul di Dataran Lipis. Apabila nampak je lampu marshall mereka mula bergerak bersama-sama. Perjalanan yang agak jauh dan mencabar dan ditemani oleh hujan yang turun membuatkan perjalanan kami perlahan kerana berhati2.
Jam 10.00 pagi tepat kami sampai di Pintu Gerbang Felda Ulu Jempol, Jengka Pahang.
Tapi ada gak cite kelakar weh.

"Aki Azwar nak bersalin kat mana ni", tanya aku pada Aki Chu aku.
"Aok salin dalam kereta je la tak sempat dah nak ke masjid", jelas Aki Chu sambil tersenyum.
Alamak tak kan nak salin dalam Storm tu kalau tinted gelap takpe la ni terang benderang adui ya..........
Setelah semua siap sedia and dah letak bunga di area kereta masing2 kami bertolak ke rumah yang dituju sekali lagi aku di hadapan sebagai marshall tapi bila sampai aku tak leh kuar abah aku dah warning huhuhuhuhuhuh.

Majlis mula2 adalah sarung cincin bertunang kami sekeluarga menumpang di rumah Mak Lang (Nama Panggilan) selang sebuah rumah dengan rumah yang menjadi lokasi hari berbahagiaku.
Berbaju melayu putih berkilat bersamping hitam berkasut hitam bersongkok hitam segak bergaya melangkah berani menuju ke rumah yang catnya berwarna ungu (alamak macam warna pejabat aku je LPPKN)
Jantung berdegup kencang badanku terasa panas khutbah dimulakan oleh Tok Imam. Masa yang ditunggu2.........

Mohd Amirul Azwar bin Mohd Anuar.......

"Saya", jawap ku.

"Aku nikah akan dikau dengan Siti nurbaizura bin Mohd Noor dengan berwali hakim kan aku dengan mas kawin 22.50 tunai..........


" Aku terima nikah Siti Nurbaizura binti Mohd Noor dengan mas kawinnya 22.50 tunai".

"Sah". "Sah". Jawap saksi....

Alhamdulillah tepat jam 11.22 pagi aku sah bergelar suami kepada Siti Nurbaizura Binti Mohd Noor dengan sekali akad sahaja.

Selepas ini aku akan bergelar suami. Olehyangdemikian aku akan lebih bertanggungjawap dan segalanya2nya aku kenalah berkongsi bersama. Dahulu aku hanya menjaga diriku dan keluarga ku tetapi kini aku telah mempunyai 2 lagi keluarga iaitu keluarga ku sendiri dan keluarga mertua ku.

Sesungguhnya perkahwinan itu adalah ditutut oleh Allah S.W.T. Dan sesungguhnya perkahwinan itu adalah satu perjudian ada yang menang dan ada yang kalah, bergantung pada indiviru tersebut yang mengolahkannya.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Kisah aku...kehidupan daku.... All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy