RSS
Hello! Welcome to this blog. You can replace this welcome note thru Layout->Edit Html. Hope you like this nice template converted from wordpress to blogger.

MyCarMotorclub Konvoi Ke Kuantan....


Pada 31 Oktober 2009 hingga 1 november 2009 kelab kereta Mycarmotorsport telah merealisasikan cadangan aku untuk konvoi ker Kuantan. Pada mulanya aku hanya mencadangakan secara gurauan tak sangka lah plak diaorang bersetuju dan terus mengadakan meeting untuk konvoi tersebut. Walaubagaimanapun geng-geng daripada Daerah raub tak dapat nak join sebab ada masalah-masalah yang tak dapat dielakkan ..... tak pelah geng Raub lain kali kita set semula.

Konvoi sampai ke Bandar Kuantan pada jam 6.00 petang dan mereka terus singgah di kediaman keluarga Angah (salah seorang ahli Mycar) di Sungai Isap Damai, katanya ada kenduri. Pada masa tu aku masih lagi berguling-guling di Taman Gelora untuk fotografi outdoor pasangan pengantin Zul dan Fifi. Setelah selesai aku bergegas pulang untuk bersama-sama ahli-ahli group yang lain sekali lagi halangan tercetus pintu kereta aku lak buat hal patah tah sapa punya angkara adusssssss.....

Jam menunjukkan pukul 7 malam seteleh selesai segalanya yang wajib and yang tak wajib aku terus ke Teluk Cempedak sebab mereka dah tinggalkan aku dan berkumpul di sana menikmati keindahan ciptaan yang maha esa.....huhuhuhuhu......







Setelah beberapa kenangan diabadikan kami bergerak ke destinasi seterusnya dengan misi yang agak besar jugak la. Destinasi yang dimaksudkan adalah ke Arena Futsal Semambu untuk Perlawanan Persahabatan antara Mycarmotorclub A VS Media Pahang manakala Mycarmotorclub B VS RTM. Seperti dijangka keputusannya Mycarmotorclub A menewaskan Media Pahang dan Mycarmotorclub B dikalahkan oleh RTM. Walauapapun aksi mereka sangat hebat. Oh .... lupa aku plak berpaling tadah sekejap sebab aku bermain untuk Media Pahang tapi kalah gok huhuhuhuhuhu......





Sejam telah berlalu keputusan telah diperolehi setelah geng-geng menyiapkan diri kami bergerak ke Restoran Nokis Indera Mahkota untuk menjamu selera dengan sedikit jamuan yang telah aku sediakan (ala-ala kadar jer) terima kasih kepada Pet (tokey restoran) kerana menyediakan mee hoon goreng dan nasi goreng yang sedap sehingga menjilat jari la geng-geng ni makan huhhuhuhuhu lapar tadi dah memerah keringat pekena lak dengan teh o ais dan teh o panas ditambah lak dengan keropok yang ranggup sehingga licin tapi bagus lah abis tak membazirkan senang si Pet nak basuh bekas ...... terima kasih sekali lagi kepada Restoran Nokis....terima kasih pet.



jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam aktiviti Mycarmotorclub tidak melabuhkan tirainya lagi. kami pulang ke rumah tumpangan untuk bersiap-siap melepak di Taman Kerang pulak menikmati kebisingan bandar Kuantan dengan deruan enjin GSR, Mivec, EX5, RXZ dan pelbagai lagi.....menjadi tumpuan jugak lah kitaorang kat Taman Kerang tu walaupun tidak semua berkumpul yelah ada gak yang menumpang kereta orang lain simpan kereta takut kotor huhuhuhu esok nak konvoi lagi.....agak-agak dah bosan kat taman Kerang kami bergerak ke Kedai WWWF di Tanjung Lumpur untuk pekena roti canai dan shisa ( tah betul tah tidak ejaan ni) tapi apabila sampai di sana kempunan da roti abis da.......kesiannnn. Malam terus kelam melabuhkan tirai bulan Oktober ......

1 November 2009, bulan baru untuk akhir tahun 2009 ni....dan bulan ini juga adalah bulan penuh bermakna bagi aku....1st aku akan mendirikan rumahtangga dan 2nd aku join konvoi Mycarmotorclub ke Bukit Gambang Resort City. Tapi pagi tu aku terbangun lambat kol 10 baru bangun terus kol Nan, tanya dah gerak belum....nasib baik belum gerak lagi. Aku mandi cepat2 dan bersiap diaorang dah berkumpul di Taman Kerang dah. Em Aar pun ada walaupun sibuk dengan kerja nya di Dewan Bedah HTAA dia tetap curi masa untuk bersama kami pagi tersebut. (Teman bergambar je la huhuhuhuhu)



Tepat jam 11.30 tengah hri kami bertolak ke Bukit Gambang Resort tapi sebelum tu aku kena la tampal no pada kereta no 16 pun tak kisah lah huhuhuhuhu janji ianya yang terawal dan gempak. Aku dilantik oleh geng2 ni sebagai Marshall hadapan, tugasan yang berat untuk membawa 16 buah kereta lagi dibelakang tapi aku seronok siap dengan sarung tangan putih dah rescue light merah di bumbung kereta aku mengetuai Mycarmotorclub ke Bukit Gambang Resort City......BUKIT GAMBANGGGGGGG TUNGGUUUUUUU ...

Lebih kurang jam 1 tengah hari rasanya atau awal lagi kami sampai di Bukit Gambang Resort City. Setelah mengambil posisi parking yang menarik dengan bantuan pengawal trafik di situ kami bergambar bersama kereta pujaan masing-masing....tapi aku terlupa da gambar aku tak ambik ..... inilah nasib seorang fotografer huhuhuhuh....Bayaran masuk di Gambang Resort ni untuk dewasa RM20 untuk kanak-kanak kureng pasti ...sorry ek..dibantu oleh kakitangan di situ kami dikehendaki memakai gelang sebagai penanda ala macam yang kan Sunway Lagoon tu and genting tu gak...Apabila samapai di dalam kami terus bersiap sedia untuk menikmati apa yang sedia terhidang di sana....aku patut berterima kasih kepada Ki (Myvi Putih) sebab sudi mengambil gambar kami kalau tak tak masuk la muka aku ni dalam gambar-gambar ni....tapi ek kenapa Ki tak mandi???? aaaaaaa takut air huhuhuhhuh....











Sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 3 petang 2 jam kami berendam bersuka ria di Taman Tema yang terbaru ni. Nasib baik hari ujan kalau tak ujan mau lagi kitaorang berendam kuikuikuikui.....selesai bersiap perut mula terasa lapar biasalah main dengan air ni lapar la perut. Aktiviti seterusnya bergerak ke Maran untuk makan tapi sebelum tu sesi fotografer dengan menyusun kesemua kenderaan yang mengikuti konvoi untuk tahun 2009 ni.









0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Kisah aku...kehidupan daku.... All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy