RSS
Hello! Welcome to this blog. You can replace this welcome note thru Layout->Edit Html. Hope you like this nice template converted from wordpress to blogger.

dah tak lama dah.....tak sampai sebulan...




hari yang dinanti-nantikan dah tak lama dah tinggal lagi tak sampai sebulan lagi.....perasaan berdebar dan takut menghantui aku huhuhuhuhuhu....walaubagaimanapun pada hakikat sebenarnya aku telah bersedia....Mak Ngah pun dah hantar duit belanja untuk pihak perempuan... hantaran pun dah siap yang tinggal gelang jela yang aku belum beli lagi.....nasib baik la tunang kesayangan aku ni tak cerewat menerima seadanya huhuhuhuuh....

Semalam jugak aku pegi ambik kad kahwin yang dah siap sakit gak la pinggang nak melipat dan menulis nama dan alamat untuk diedarkan kepada yang berkenaan tetapi ada gak cerita tak best disebalik kad kawin ni....

tunangku : "Abg...nama atuk sayang salah la", beritahu tunangku.
Aku : "Alamak ye ker.....emmmmm".
Tunangku : "Em pegila betulkan".
Aku :"dah tak sempat dah, tak pela kita tampal je la nama atuk sayang tu", jelas aku
Tunangku : "em terpulang la"

nasib baik la tunang kesayanganku tak marah huuhuuhhhuhu....em nak pos ke Kedah 500 keping em apa la abah aku nak buat banyak2 tapi tak pela anak sulung la katakan....tapinya aku kena print lagi la mana cukup sih .....tengah hari tadi aku gi pos 200 dulu RM 58 kena caj tak agak2 huhhuhuhuhuh

Apa pun untuk mendirikan rumahtangga dan persediaan perkahwinan memang memerlukan kewangan yang banyak kalau setakat 10 ribu je em tak kawin la kawan2 oiiii..........


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Kisah aku...kehidupan daku.... All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy