Kadang2 aku tak paham dengan putaran kehidupa seorang manusia.....pada hakikatnya ada siang dan ada malam. Ada hujan dan ada panas. Ada masa susah dan ada masa senang. Ada masa sedih dan ada masa bergembira. tetapi kadang2 aku terasa bagaikan aku tak dapat merasai kenikmatan itu kerana beberapa sebab. Kenapa di dalam setiap sanubari seseorang itu ada perasaan ketidak percayaan dan keraguan? Betul tak salah kita adakan sedikit perasaan was2 itu tetapi adakah tahapnya tinggi? Sederhana? atau sedikit? Sampai bila perasaan itu akan ada di dalam sanubari seorang yang bernama manusia? Atau ianya akan hilang dengan sendirinya suatu masa nanti?
Kadang2 aku fikirkan kehidupan ini tidak adil bagi diriku.....keperitan yang aku lalui sehingga kesaat ini amat berat dan letih untuk aku tanggung seorag diri. Kejahatan yang dilakukan serng diperkatakan tetapi kebenaran yang termaktub sedikit pun tak dihiraukan. Em, mungkin juga kebaikan itu tidak boleh kita nilai kalau bukan dengan mata kasar seorang manusia. Tetapi hati dan fikiran yang waras perlu lah menafsir sesuatu itu dengan rasional dan menggunakan ideologi yang bernas.
Kadang2 aku merajuk sendirian, aku menanggis sendirian, aku menahan kesedihan sendirian, aku terseksa sendirian. Aku terfikir kata2 orang tua2 "diluah mati mak, ditelan mati bapak" apa sebenar maksudnya?
Oh kehidupan..............aku memohon kepada tuhan yang satu permudahkan lah urusan ku,
Engkau ringankanlah bebananku,
Engkau tabahkanlah tekadku,
engkau kuatkanlah keyakinan dan iltizam ku,
Supaya aku dapat terus menikmati kehidupan ini
dan bumi bertuah ini......
0 comments:
Post a Comment