RSS
Hello! Welcome to this blog. You can replace this welcome note thru Layout->Edit Html. Hope you like this nice template converted from wordpress to blogger.

Kisah yang telah sekian lama aku nak tau .......


Kisah ni bermula 26 tahun yang lalu di Tikam Batu, Sungai Petani Kedah Darul Aman. Seorang ibu yang sedang sarat mengandung telah terniat di dalam hatinya dan mengungkapkan niatnya itu kepada suami tercinta.

"Saya rasa macam nak suruh mak kat Lipis lah jaga anak kita ni bila dia lahir nanti", kata si isteri kepada suaminya.

Si suami hanya mendiamkan diri tanpa menyatakan sesuatu atau pendapat.

Genap 9 bulan 10 hari tanggal 21 Mac 1983, pada jam 7.05 pagi waktu Malaysia, di Hospital Sungai Petani, Kedah, lahirlah cahayamata yang cukup sifatnya ke bumi Allah ini dan di laungkan azan oleh si ayah di telinga kanannya. Tetapi hari meniti hari si bayi sentiasa menanggis, diberi susu tidak mahu di suruh tidur juga tidak mahu (macam cerita Ahmad Albab la pulak). Si ayah menelefon keluarga nya di Kuala Lipis, Pahang menberitahu keadaan bayi sulung mereka itu.

Wan dan Toki belah ayah si bayi bertolak dari Kuala Lipis ke Tikam Batu bersama-sama anak mereka yang ke 7 pada pagi yang hening sesudah subuh. Perjalanan yang panjang dan jauh mereka tempuhi, bayangkan perjalanan sejauh beratus-ratus kilometer pada masa itu cukup memenatkan tetapi dengan berbekalkan kasih sayang di dalam sanubari mereka, mereka selamat sampai dan terus mendukung si bayi yang sedang menanggis tidak berhenti.

"Milah aok ada cakap apa-apa ker terniat apa-apa ker atau terlanggar apa-apa tak semasa mengandungkan anak aok ni"?, Wan menanyakan kepada si ibu.

"Emmm... terlanggar tu tak ada lah tetapi Milah ada terniat untuk bagi anak Milah ni pada mak kalau dia dilahirkan nati", kata si ibu kehairanan.

Setelah dibawa berbincang dan meminta kebenaran untuk membawa si anak pulang ke Kuala Lipis, Wan dan Toki bersama anak ke 7 nya pun pulang dengan seribu persoalan di hati. Apabila sampai di negeri Darul Makmur si bayi senyap malah mampu untuk tersenyum kecil. Si nenek kehairanan dan saling berpandangan dengan Toki (datuk si bayi). Hari berganti hari minggu berganti minggu bulan berganti bulan genap 3 bulan si bayi dibesarkan di Kuala Lipis, Pahang. Tidak menanggis hanya menanggis ketika lapar dan eeekkkeeekkk sahaja.

Si nenek bercadang untuk menghantar cucu mereka itu ke pangkuan ayah dan ibunya. Bertolak lah mereka menuju ke negeri jelapang padi itu. Tetapi kejadian 3 bulan yang lalu berlaku semula apabila mereka sampai ke rumah anak ke 4 mereka itu. Si bayi tetap menanggis tidak berhenti-henti. Kesimpulannya nenek si bayi mengambil keputusan untuk menjaga cucu mereka itu dan dibesarkan di Kuala Lipis, Pahang.

Kini umur si bayi itu telah 26 tahun. Telah tamat belajar. Telah mula bekerja dan akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Telah lama tersemat di dalam hati untuk mengetahui kenapa dia dibesarkan di Kuala Lipis oleh nenek dan emak saudaranya tetapi tidak termampu untuk meluahkan hasrat di hatinya. Oleh yang demikian semuanya telah terjawap ketika perjalanan pulang berhari raya dari Lipis ke Kuantan bersama makciknya.

Kini aku redha tetapi aku masih tertanya-tanya adakah ianya berlaku hanya secara kebetulan atau itulah suratan Illahi??? Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana aku telah di besarkan dan dijaga sehingga lah aku besar dan akan mempunyai keluarga sendiri tidak lama lagi.

Moral of the story kepada ibu-ibu mengandung berhati-hatilah ketika kamu sarat mengandung janganlah tersilap kata tersalah niat kerana ianya mungkin akan menjadi kenyataan dan akan membuatkan apa yang berlaku itu satu delima sehingga ke akhirnya........

1 comments:

wannabugis said...

Ini ke critenye dulu..akhirnya terjawab jugak..dulu nak tanye, tp takut nak tanye..ekekeke..

Post a Comment

 
Copyright 2009 Kisah aku...kehidupan daku.... All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy