Untuk menambah pendapatan saya sekarang saya berkecimpung di dalam dunia fotografi. Semasa zaman saya belajar di Politeknik Kota Bharu dahulu saya ada mengambik subjek periklanan pada masa itu ada juga terlintas untuk menjadikan fotografi dan editing iklan sebagai kerjaya, tetapi mungkin kerana tiada sokongan dan jurupandu ianya berakhir begitu sahaja.
Sehingga lah seorang rakan saya mencadangkan supaya ianya menjadi satu sumber untuk menambah pendapatan. Dari hobi bertukar menjadi perniagaan. Oleh yang demikian saya kembali mengingati apa yang saya pelajari dahulu.
Tetapi apa yang saya lakukan itu perlukan penggorbanan, penggorbanan yang saya maksudkan itu adalah penggorbanan masa. Yelah masa untuk saya edit, untuk saya ambik gambar dan untuk susun gambar pun memerlukan masa.
0 comments:
Post a Comment