RSS
Hello! Welcome to this blog. You can replace this welcome note thru Layout->Edit Html. Hope you like this nice template converted from wordpress to blogger.

Raya tahun ini....


Aku hanya beraya 3 hari sahaja dimana aku tak ambik cuti lah sebab nya cuti kan nak bawak ker akhir tahun nak kawin huhuhuhu.....jadinya aku balik bekerja macam biasa cuma dulu masa bulan puasa aku masuk 0730 hingga 1630 tapi bila bulan tak puasa ni kembali kepada asal 0800 hingga 1700. Tak ada apa yang menarik beraya tahun ni cuma yang memeranjatkan ayang anjang sekeluarga, ayah long sekeluarga dan kak long sekeluarga, pada mulanya dikhabarkan mereka ni semua tak balik tup tup ada jer ari Sabtu ari tu dah sampai aku je macam jauh sangat Kuantan - Lipis.....(lambat bangun tido huhhuh).

Setiap tahun aku tak ada gambar raya tah la pelik gak nak cakap tak ada kamera SLR lagi tapi tak tau la mungkin tak sempat kot nak snap. Tapi itu semua telah terjawap pada hari Jumaat 250909 kerana aku balik ke Lipis semula untuk mengambil gambar orang kawin di Bukit Betong, aku bergegas dari Kuantan pada jam 1600 petang memecut selaju 140 km/sejam (slow jer takut speed trap) samapi di Lipis pada jam 1900 aku meminta bantuan kawan baik ku di Lipis untuk menemankan aku Along Nizam dan Pian Mat (sebenarnya nak berehat jap kuikuikui). Selesai sahaja majlis kami balik dan melepak di Tanjung Lipis minum bersama beberapa orang rakan yang lain. Padahal member aku sorang lagi si Amin pendek baru sampai dari Johor dia kol Along masa kami di tempat majlis akad nikah suh datang umah mak tersayang dah masak kami boleh lupa siap lepak minum kedai lagi jam dah menunjukkan 2300 malam kuikuikui, untuk menjaga hati kawan dan emaknya yang telah masak kami gerak la ke rumah nya......dan kebetulan kamera kesayang aku ada ku bawa sekali kami sempat la menangkap beberapa keping gambar sebagai kenangan2an dan pada malam itu juga boleh dikatakan semua cukup, semua ada kecuali yang terlalu jauh jer tak ada.....(jam 0200 pagi baru balik kuikuikui)


Justify Full







Kisah yang telah sekian lama aku nak tau .......


Kisah ni bermula 26 tahun yang lalu di Tikam Batu, Sungai Petani Kedah Darul Aman. Seorang ibu yang sedang sarat mengandung telah terniat di dalam hatinya dan mengungkapkan niatnya itu kepada suami tercinta.

"Saya rasa macam nak suruh mak kat Lipis lah jaga anak kita ni bila dia lahir nanti", kata si isteri kepada suaminya.

Si suami hanya mendiamkan diri tanpa menyatakan sesuatu atau pendapat.

Genap 9 bulan 10 hari tanggal 21 Mac 1983, pada jam 7.05 pagi waktu Malaysia, di Hospital Sungai Petani, Kedah, lahirlah cahayamata yang cukup sifatnya ke bumi Allah ini dan di laungkan azan oleh si ayah di telinga kanannya. Tetapi hari meniti hari si bayi sentiasa menanggis, diberi susu tidak mahu di suruh tidur juga tidak mahu (macam cerita Ahmad Albab la pulak). Si ayah menelefon keluarga nya di Kuala Lipis, Pahang menberitahu keadaan bayi sulung mereka itu.

Wan dan Toki belah ayah si bayi bertolak dari Kuala Lipis ke Tikam Batu bersama-sama anak mereka yang ke 7 pada pagi yang hening sesudah subuh. Perjalanan yang panjang dan jauh mereka tempuhi, bayangkan perjalanan sejauh beratus-ratus kilometer pada masa itu cukup memenatkan tetapi dengan berbekalkan kasih sayang di dalam sanubari mereka, mereka selamat sampai dan terus mendukung si bayi yang sedang menanggis tidak berhenti.

"Milah aok ada cakap apa-apa ker terniat apa-apa ker atau terlanggar apa-apa tak semasa mengandungkan anak aok ni"?, Wan menanyakan kepada si ibu.

"Emmm... terlanggar tu tak ada lah tetapi Milah ada terniat untuk bagi anak Milah ni pada mak kalau dia dilahirkan nati", kata si ibu kehairanan.

Setelah dibawa berbincang dan meminta kebenaran untuk membawa si anak pulang ke Kuala Lipis, Wan dan Toki bersama anak ke 7 nya pun pulang dengan seribu persoalan di hati. Apabila sampai di negeri Darul Makmur si bayi senyap malah mampu untuk tersenyum kecil. Si nenek kehairanan dan saling berpandangan dengan Toki (datuk si bayi). Hari berganti hari minggu berganti minggu bulan berganti bulan genap 3 bulan si bayi dibesarkan di Kuala Lipis, Pahang. Tidak menanggis hanya menanggis ketika lapar dan eeekkkeeekkk sahaja.

Si nenek bercadang untuk menghantar cucu mereka itu ke pangkuan ayah dan ibunya. Bertolak lah mereka menuju ke negeri jelapang padi itu. Tetapi kejadian 3 bulan yang lalu berlaku semula apabila mereka sampai ke rumah anak ke 4 mereka itu. Si bayi tetap menanggis tidak berhenti-henti. Kesimpulannya nenek si bayi mengambil keputusan untuk menjaga cucu mereka itu dan dibesarkan di Kuala Lipis, Pahang.

Kini umur si bayi itu telah 26 tahun. Telah tamat belajar. Telah mula bekerja dan akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Telah lama tersemat di dalam hati untuk mengetahui kenapa dia dibesarkan di Kuala Lipis oleh nenek dan emak saudaranya tetapi tidak termampu untuk meluahkan hasrat di hatinya. Oleh yang demikian semuanya telah terjawap ketika perjalanan pulang berhari raya dari Lipis ke Kuantan bersama makciknya.

Kini aku redha tetapi aku masih tertanya-tanya adakah ianya berlaku hanya secara kebetulan atau itulah suratan Illahi??? Walaubagaimanapun aku bersyukur kerana aku telah di besarkan dan dijaga sehingga lah aku besar dan akan mempunyai keluarga sendiri tidak lama lagi.

Moral of the story kepada ibu-ibu mengandung berhati-hatilah ketika kamu sarat mengandung janganlah tersilap kata tersalah niat kerana ianya mungkin akan menjadi kenyataan dan akan membuatkan apa yang berlaku itu satu delima sehingga ke akhirnya........

Mula bekerja selepas menyambut Aidilfitri


Em hari ni 23 September 2009, aku dah mula bekerja. Yang ada kat opis cuma 4 orang jer termasuk aku.....aunty Khoo, Kak Sal dan Isa.....so aku lepak kat Klinik hari ni temankan Aunty Khoo. Malas nak panjat tangga masuk bilik huhuhuhu.

Topik pertama yang aku bualkan dengan Aunty Khoo tentang cuti 4 hari yang lalu. Kisah yang dia cerita tentang sebuah keluarga yang mix. Ibu Islam (Melayu) ayah Chienese (Cina) anak Islam (nama tak leh disiarkan bahaya huhuhhuh) Aunty Khoo ada mengadakan program bagi non-muslim, nak dijadikan cerita family ni datang sebab mereka bercuti di Bukit Gambang Resort....(mak ayah honeymoon hantar anak pergi program bagus gak apa yang dilakukan cuma yang tak bagus nya...)

Urusetia : Aunty ! Aunty! Ada masalah ni.....
Aunty Khoo berlari-lari anak ke meja pendaftaran
Aunty Khoo : Apa masalahnya?...


Urusetia menunjukkan borang pendaftaran peserta, di mana di borang itu nama peserta muslim dan dia kosongkan di bahagian agama. Oleh yang demikian keluarga tersebut dipanggil dan di beri tahu bahawa anak mereka tidak boleh menyertai program tersebut. Tapi pada mulanya ibubapa kanak-kanak tersebut bekeras untuk mengahtar anak mereka setelah sekian lama berbincang mereka menerima dan mereka bercuti bertiga di Bukit Gambang Resort.

Moral of the story .... tindakan family itu pada pendapat saya ada bagus dan ada tidaknya, ini kerana apa salahnya kalau mereka membawa sekali ank mereka untuk honeymoon sekali sekurang-kurangnya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Tetapi jika hantar anak untuk menyertai program pun satu kebaikan tapi tengok lah program itu layak tidak dengan anak kita jangan pakai rembat jer huhuhuhhuhuhu. Walaubagaimanapun saya menyeru kepada semua 'Utamakan Keluarga Anada' '1 Keluarga 1 Kebahagian'.

Em hari ni tak tau la apa aku nak buat em main Farmville je la kot kuikuikuikui


Hari Raya 2009


Em dah lama aku tak menaip di dalam Kisah Aku...Kehidupan Aku ni.....Tahun ni sambutan Aidilfitri bagi aku sama sahaja.....tahun ni aku tak ambik cuti just cuti yang di beri je Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa coz ari Rabu aku dah start kerja semula al maklum la nak kawin nanti tak ada cuti lak kan.... simpan cuti untuk kawin lebih bermakna....lagi satu pada mulanya ingatkan saudara mara yang lain tak balik last-last sume ada tapi yang pasti family aku mak ayah aku tak balik em..................tapi tetap seronok.

Tahun ni aku macam ada perubahan sebab aku lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga dan di rumah ........... sampaikan member-member aku katakan aku sombong kuikuikui bukan apa aku sendiri tak tau kenapa aku lebih selesa stay kat umah jer....

Walau apa pun tahun ni aku sambut dengan serba serdahana. Maksud sederhana yang aku maksudkan tu aku tak beli baju melayu ( yelah sebab dah buat 2 pasang untuk kawin :-) ) tak beli baju raya, tapi terbeli gak seluar raya (Bonia) sebab seluar tu cantik tu yang beli tu kuikuikuikui....duit raya pun aku tak tukar banyak tahun ni kira bersyukur la ada gak abg war nak bagi kan kuikuikuikui.

Walaubagaimana pun aku menyambut hari raya ini dengan penuh kesyukuran selepas berpuasa selama sebulan. Dan Aidilfitri tahun ni adalah aidilfitri yang terakhir aku beraya seorang kerana tahun depan aku telah ada keluarga sendiri tak sabar rasanya menantikan saat yang indah itu.......

Minggu-minggu akhir Bulan Ramadhan


Em minggu ni adalah minggu terakhir bagi Bulan Ramadhan Al-Mubarak....selepas ni kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri.........tapi bagi diri aku ni setiap kali menjelang Aidilfitri aku tidak segembira orang lain kegirangan aku hanya dapat bersama kawan-kawan tapi kawan-kawan pun dah ramai yang kahwin so em dah kurang la sikit nak lepak lama-lama..........tapi sebenarnya aku terasa sayu disebabkan tahun ni tak ramai yang balik aku dan makcik aku jer em kesian mak ngah aku kan kalau tak umah tu penuh walaupun mereka balik sekejap-sekejap............. em nanti macam mana lah kalau aku dah berkahwin umah mertua sebuah umah makngah umah mak abah kat kedah......em ni lah dugaan hidup setiap dugaan dan cabaran kena lah kita hadapi sebagai khalifah di muka bumi Allah ini........ Dikesempatan ini aku mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di mana sahaja kamu berada........pulang lah ke kampung halaman dengan berhati-hati kerana masih ada yang menyayangi kamu.....kuikuikuikui macam pesanan kerajaan jer.

Ops terlupa semalam aku berbuka di Mega View sambutan Berbuka Puasa 2009 bersama MAA Takaful dan MAA Assurance. Meriah sih ramai yang datang dan yang pasti group aku Young Gemilang Consultancy bersama CC yang dikasihi En. Mohd Fahmi hadir seramai-ramainya siap berpakaian Aidilfitri macam dah raya jer kami semalam..........makan macam-macam ketika berbuka peh............





Melancong bersama Team MAA Takaful


Aku tidak pernah terfikir untuk buat pasport buat masa ini tetapi semenjak berkecimpung di dalam industri perunding kewangan bersama MAA Takaful dan MAA Insuran aku berpeluang untuk berjalan-jalan ke negera asing.

Kali ini aku di bawa ke Pulau Batam, Indonesia. Em mungkin tempat nya biasa sahaja tetapi keseronokan melancong bersama-sama dengan rakan-rakan yang berjaya melepasi peraduan ke Pulau Batam. Selain daripada itu rombongan aku juga diturut serta bersama CC Gemilang Consultancy En. Mohd Fahmi dan bos MAA Takaful En. hakim dan En Farid






Masih belum terlambat




Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramdhan Al-Mubarak dan Aidilfitri yang tidak lama lagi akan kita sambut. Tapi tidak terlupa juga untuk aku mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan yang ke 52.

Tahun ini aku akan menyambut Bulan Ramadhan, Bulan Kemerdekaan dan Aidilfitri buat kali terakhir...eh eh eh tak abis lagi buat kali terakhir keseorangan dan bersama rakan-rakan la sebab selepas ini aku akan menyambut dengan isteri tersayang. Em tak sabar rasanya.

Hobi dan sukan baruku...


Sukan ini merupakan sukan yang telah lama saya tinggalkan. Aku bermula mempelajari sukan ini di Plaza Angsana Johor Bharu, masa tu aku belajar kat sana. Masa tu macam-macam pertandingan aku sertai dan yang paling manis johan terbuka Kolej Yayasan Johor, peh masa tu bangga sih kuikuikuikui.

Oleh yang demikian tak hairan lah pada hari ini aku masih hebat cuma skill dah tak ada. Sekarang aku cuba untuk mempelajari skill balingan 'hook' iaitu bola melencong tetapi tidak dapat ku kuasai lagi tak tau la kenapa.

Sukan ini juga membolehkan aku semakin rapat dan menambahkan aktiviti bersama orang tersayang kerana si dia juga meminati sukan ini cuma tak ada orang nak mencungkil bakat yang ada dalam diri si dia. Hingga la aku berjaya mencungkil bakat yang terpendam itu. Boleh tahan gak balingan si dia. Apa-apa pun aku bahagia bila dapat bersama dan bermain dengan si dia.



Bersenam untuk kesihatan

Pada 16 hingga 22 Mac 2009 dahulu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menghantar 2 orang dari setiap negeri ke Kursus Asas Instruktur Senamrobik anjuran Kementerian Belia dan Sukan di bawah didikan dari dua orang jurulatih yang tidak asing lagi iaitu Cikgu Sharifah Hanim dan Cikgu Azizah dari Majlis Kecergasan Kebangsaan di Teluk Dalam Resort Pulau Pangkor.

Inilah satu-satunya kursus yang paling letih yang pernah saya hadiri kerana masa yang terlalu singkat dan padat. Cuba bayangkan ianya bermula seawal pagi jam 6.30 am hinggalah 12.00 tengah malam. Masa riadah hanya dapat dirasai hanya pada hari pertama sahaja. Tapi apa yang penting makanan di sini sangat-sangat mewah udang bakar, ketam bakar, sotong, daging salai, ikan bakar dan pelbagai lagi. Walaubagaimana pun kami terpaksa makan ala kadar sahaja yelah kursus senamrobik kan pemakanan kenalah jaga.



Dari foto shot ke tarian...

Permulaan cerita ni macam kelakar sebab pada mulanya saya jadikan Gong Mas Production (GMP) adalah untuk menambahkan skill menangkap gambar dan menambahkan kenalan atau dalam erti kata lain prospek sebagai perunding kewangan. Tetapi akhirnya saya adalah salah seorang dari crew GMP di mana di sini juga saya berpeluang untuk mendapatkan job dari segi event yang diadakan dan dapat menjual gambar-gambar yang telah saya tangkap kepada mereka yang berminat.

Pada mulanya saya hanya untuk cukupkan orang semasa sesi photo shot di mana ada di antara penari yang tidak hadir sehinggalah saya mempelajari sedikit demi sedikit tentang jenis-jenis tarian yang tidak pernah saya lakukan selama hidup ini. Terima kasih kepada mereka yang membantu.

Walaubagaimanapun itu semua hanya lah sebagai menambahkan pengalaman hidup kerana kita kadang-kadang perlukan sesuatu yang lain daripada yang lain.







Nostalgia diabadikan di dalam gambar..

Untuk menambah pendapatan saya sekarang saya berkecimpung di dalam dunia fotografi. Semasa zaman saya belajar di Politeknik Kota Bharu dahulu saya ada mengambik subjek periklanan pada masa itu ada juga terlintas untuk menjadikan fotografi dan editing iklan sebagai kerjaya, tetapi mungkin kerana tiada sokongan dan jurupandu ianya berakhir begitu sahaja.

Sehingga lah seorang rakan saya mencadangkan supaya ianya menjadi satu sumber untuk menambah pendapatan. Dari hobi bertukar menjadi perniagaan. Oleh yang demikian saya kembali mengingati apa yang saya pelajari dahulu.

Tetapi apa yang saya lakukan itu perlukan penggorbanan, penggorbanan yang saya maksudkan itu adalah penggorbanan masa. Yelah masa untuk saya edit, untuk saya ambik gambar dan untuk susun gambar pun memerlukan masa.







Berbakti kepada individu yang memerlukan...

Dalam kehidupan kita kadang-kadang kita lupa akan tanggungjawap kita kepada diri kita sendiri, terutamanya tentang kesihatan kita. Cuba kita fikirkan, kalau diberi peluang untuk mengklafikasikan diantara 5 perkara yang manakah kita utamakan :
1) Harta
2) Kereta
3) Rumah
4) Wang
5) Kesihatan

Oleh itu, saya mencari suatu jalan atau kaedah untuk membuka mata masyarakat tentang kepentingan perlindungan pendapatan dan persaraan. Dan jalan itu telah saya jumpai di MAA Takaful dan MAA Insuran.


Hari yang dinantikan...

Tanggal 21 November 2009 adalah merupakan tarikh yang aku nantikan selama ini. Perhubungan 5 tahun bersama si dia akan ditamatkan dengan satu ikatan yang sah iaitu ikatan perkahwinan. Oleh yang demikian dikesempatan ini saya menjemput kesemua kenalan yang mengenali diri aku ini ke majlis yang penuh bermakna itu di Felda Ulu Jempol, Jengka Pahang.

 
Copyright 2009 Kisah aku...kehidupan daku.... All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy