RSS
Hello! Welcome to this blog. You can replace this welcome note thru Layout->Edit Html. Hope you like this nice template converted from wordpress to blogger.

Peraturan dan Etika Berkonvoi



Konvoi berkereta di bahagikan kepada empat bahagian:
* Kereta Lead
* Marshall
* Sweeper
* Kereta Peserta

Kereta Lead
1. Lead Car harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kereta jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.
2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi kereta tidak jarak terlalu jauh.
3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.

Sweeper
1. Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu).
2. Menggunakan hubungan 2 hala (Walkie Talkie) untuk menghubungi Kereta Lead.
3. Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain. Biarkan kereta yg tidak dalam konvoi unutk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.
4. Hubungi kereta Lead jika kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.

Marshall
1. Berada di tengah2 semasa konvoi.
2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.
3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
4. Memastikan konvoi tersusun.

Kereta Peserta
1. Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
2. Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
3. menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa
4. Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.

1) Perkara Am
Sebelum berkonvoi Buat pemeriksaan ke atas kereta anda spt memasti kan semua minyak cukup , tekanan tayar dan lain2 dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki kereta anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapat lah sekiranya memberitahu kereta Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yag mmungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.

2) Menyalakan lampu
Semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda.
Semasa waktu malam nyalakan headlight dan fog light anda.
Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan kereta maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

3) Jangan mengekori di belakang kereta terlalu dekat

Jangan mengikut kereta di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.

4) Membenarkan kenderaan Lain Mencelah
Selalunya , Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

5) Kereta Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.
Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap pemandu dan jkemampuan kereta peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan kereta anda masih di dalam susunn konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan kereta di belakang , di sisi berada dalam susunan.Jika kereta di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan kereta terlalu jauh ( perlahan kan juga kenderaan anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan
Susunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.

6) Berlaku Kecemasan atau Masalah.
Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan kereta SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan ( atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.

7) Tenang
Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.

8) Keluar / masuk Lebuhraya
Ada yang menggunakan Touch N Go , Tag dan tunai. Walau apa cara sekalipun anda membayar sentiasalah memperlahankan kenderaan anda dan berhenti di belakang kereta Lead di tepi dan menhidupkan lampu hazard (double signal). Jangan keluar daripada kereta. Tunggu sehingga semua berada di susunan semula (SWEEPER akan memastikan susunan ini) . Matikan double signal dan berikan signal perlahan lahan masuk ke lane perlahan unutk meneruskan perjalanan.

9) Memotong
Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan menyebabkan kereta yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya.

Hari Raya Aidiladha.............

Tahun ini adalah tersangat lain dari tahun2 lepas. Kerana tahun ini aku akan menyambut perayaan2 yang belum disambut bersama orang tersayang iaitu isteri ku yang tercinta. Biasanya setiap kali perayaan aku biasa saje tak adalah nak rasa balik sangat tapi semenjak aku bergelar suami orang dan ditambah pulak dengan isteri berada di kampung perasaan nak balik membuak2.

Aidil dha tahun ini aku beraya ke Lipis. Aku bukan apa, aku kesian kan Mak Ngah aku. mesti dia beraya sorang atau dengan family Chu aku jer sebab family yang lain dah balik dan cuti semasa majlis perkahwinan aku baru2 ni. Jadinya aku membuat keputusan bersama dengan isteriku untuk balik beraya ke Lipis.

seperti biasa di pagi Aidiladha aku akan ke masjid untuk sembahyang sunat Aidiladha bersama isteriku dan Mak Ngahku. nak dijadikan cite plak kami tiga beranak pakai baju warnanya sama daaaa....

Apa pun aku mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua.

Hobi yang tak di sangka....











Jika di fikir dan dari pandangan orang lain macam kelakar dan tak padan dengan umur masing2. Hobi bermain remote control. Tetapi remote control ni bukan calang2 ianya mampu untuk mencapai kelajuan yang maksimum. Idea ni dah lama aku dan Bro Jak dari dulu lagi nak beli tapi tak beli2 sehingga la Kandar (adik ipar Nizam) bukak mulut dan beli sebuah.


Pada mulanya ianya macam biasa jer tapi lma kelamaan ianya menjadi seronok kerana cara penjagaan dan membaiki sama macam kita guna kereta yang kita bawak sendiri. Kini kami bercadang nak bukak kedai menjual permainan ini dan litar perlumbaan.


Kepada sesiapa yang berminat boleh la join the club.


Hari Bahagiaku............







Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi, aku terus bangun apabila terdengar alarm handsetku berbunyi ............tetapi tiba-tiba hatiku berdebar-debar tapi aku buat tak tau. Selepas semuanya siap aku memasukkan barang2 yang patut ke dalam kereta. Hujan masih lagi turun sejak malam tadi malah pagi ni agak lebat turunnya hujan rahmat ni. Jam dah menunjukkan pukul 8.30 pagi, perancangan awal 7.30 dah nak gerak kuikuikuikuikui.


Apabila semua nya sudah bersiap kami memulakan perjalanan dengan Storm MycarMotorsport 4X4 yang aku naiki berada di depan sebagai marshall. Geng2 Mycar yang lain semua dah berkumpul di Dataran Lipis. Apabila nampak je lampu marshall mereka mula bergerak bersama-sama. Perjalanan yang agak jauh dan mencabar dan ditemani oleh hujan yang turun membuatkan perjalanan kami perlahan kerana berhati2.
Jam 10.00 pagi tepat kami sampai di Pintu Gerbang Felda Ulu Jempol, Jengka Pahang.
Tapi ada gak cite kelakar weh.

"Aki Azwar nak bersalin kat mana ni", tanya aku pada Aki Chu aku.
"Aok salin dalam kereta je la tak sempat dah nak ke masjid", jelas Aki Chu sambil tersenyum.
Alamak tak kan nak salin dalam Storm tu kalau tinted gelap takpe la ni terang benderang adui ya..........
Setelah semua siap sedia and dah letak bunga di area kereta masing2 kami bertolak ke rumah yang dituju sekali lagi aku di hadapan sebagai marshall tapi bila sampai aku tak leh kuar abah aku dah warning huhuhuhuhuhuh.

Majlis mula2 adalah sarung cincin bertunang kami sekeluarga menumpang di rumah Mak Lang (Nama Panggilan) selang sebuah rumah dengan rumah yang menjadi lokasi hari berbahagiaku.
Berbaju melayu putih berkilat bersamping hitam berkasut hitam bersongkok hitam segak bergaya melangkah berani menuju ke rumah yang catnya berwarna ungu (alamak macam warna pejabat aku je LPPKN)
Jantung berdegup kencang badanku terasa panas khutbah dimulakan oleh Tok Imam. Masa yang ditunggu2.........

Mohd Amirul Azwar bin Mohd Anuar.......

"Saya", jawap ku.

"Aku nikah akan dikau dengan Siti nurbaizura bin Mohd Noor dengan berwali hakim kan aku dengan mas kawin 22.50 tunai..........


" Aku terima nikah Siti Nurbaizura binti Mohd Noor dengan mas kawinnya 22.50 tunai".

"Sah". "Sah". Jawap saksi....

Alhamdulillah tepat jam 11.22 pagi aku sah bergelar suami kepada Siti Nurbaizura Binti Mohd Noor dengan sekali akad sahaja.

Selepas ini aku akan bergelar suami. Olehyangdemikian aku akan lebih bertanggungjawap dan segalanya2nya aku kenalah berkongsi bersama. Dahulu aku hanya menjaga diriku dan keluarga ku tetapi kini aku telah mempunyai 2 lagi keluarga iaitu keluarga ku sendiri dan keluarga mertua ku.

Sesungguhnya perkahwinan itu adalah ditutut oleh Allah S.W.T. Dan sesungguhnya perkahwinan itu adalah satu perjudian ada yang menang dan ada yang kalah, bergantung pada indiviru tersebut yang mengolahkannya.

Kepulanganku.....


Hari ini aku kerja separuh hari yelah mana nak kerja dah hati dah tak tenteram huhuhuhuhu....semalam pun tak jadi nak buat kerja .....so hari ni aku mintak kebenaran balik awal....awal aku kol 2.00 petang aku dah chow.....semalam aku tak sempat nak kemas apa pun. Balik dari Karaoke dengan Abg Jak, Pojie and Bad bergayut sekejap dengan orang tersayang aku terus tertido atas sofa depan tv. Kuantan dari malam semalam hujan tak berhenti2 sampai ke hari ni.......letih gak kalau balik lewat2 jadinya lepas pegi umah Tok Chu and umah Makcik ambik barang aku pun bergegas pulang dengan Saga Subaru ku kuikuikuikuikui.

Perjalanan lancar kereta tak banyak tapi hujang sepanjang jalan sampai Temerloh baru la tak ujan kalau tak ikut Tembeling tu sorang2 perasaan gementar tu ada la gak (berani2 takut2). Aku sampai Lipis kol 8. Balik mandi2, basuh kereta jap terus keluar gi industri (port MycarMotorClub) sebab malam ni ada game futsal lawan MDL kalah bayar. Dan ternyata MycarMotorClub memang hebat kami menang so tak yah la kuar duit jimat jimat jimat.
Settle kat padang Futsal kitaorang ke kedai minum untuk bincang konvoi ke Majlis Perkahwinan aku hari Sabtu ni. Nak di jadikan cerita ramai la pulak geng2 ni turun so gempak la bandar Lipis dengan deruan ekzos MycarMotorClub. So bila di kedai perbincangan pun bermula. Lebih kurang 15 biji MycarMotorlub akan follow keluarga aku berarak hari Sabtu ni. Gempak Gempak huhuhuhuhuhu.

Wajah Baru ......



Kini kereta ku telah siap bersalin kulit. Walaubagaimanapun aku kurang berpuas hati sangat dengan hasil tangan tukang cat ni tapi kerana disebabkan murah dan cepat aku tetap bersyukur kerana telah lama aku nak cat CAG 9077 ni baru sekarang aku mampu untuk merealisasikan. Biru Subaru Pearl ni ditambah dengan Silver Pearl di bahagian sisik VR4 menonjolkan kemamtapan keretaku. Lampu Mitsubishi Galant yang dibeli daripada Lan PBT membuatkan kereta ku tampak garang ditemani dengan bumper MMC. Dan yang pasti sticker MyCarMotorclub terpampang di bahagian atas cermin keretaku huhuhuhuhu....Sport Rim 2 Piece Berjejari hitam menawan kalbu apabila berpusing.

bahagian dalam tak banyak ditambah. Hanya seat Lancer sebagi tempat dudk hadapan, turbo timer yang diberi oleh Ah Chuan Racing 1 Motorsport, Stereng MOMO, VCd Player Scorpian dan speaker,Pre Amp, Power Amp Mohawk beserta box 12 inci, LCD 7 inci mengegarkan bunyi yang berdentum dentam, Siren dan alarm baru (sebab alarm lama dah K.O. huhuhuhu)

CAG 9077 telah lama bersama dengan ku nampak gayanya aku tidak akan jual kereta kesayangan ku ini banyak pahit manis aku bersama dengan keretaku ini. kalau nak kereta lain pun aku akan beli lain sebagai kereta keluarga. Emmm mungkin selepas ini aku akan sentuh enjin plak sebab awal tahun ari tu aku dah sentuh tapi hanya sekadar upgreadkan saje tak mampu lagi kuikuikuikui.

Lepas ni leh la aku berkonvoi dengan penuh keseronokan lebih2 lagi selepas ini aku akan ditemani dengan isteri tersayangku...


Impian musnah Disaat Suka

Segala2nya telah menjadi kenangan dan harapan yang luntur. tatkala aku sudah mampu tersenyum untuk memilih warna untuk mewarnai rumah sewaku diwaktu itu juga satu panggilan menghubungi aku.
Bro : "Assalamualikum En. Amirul,?"
Aku : "Waalaikumsalam ye bang", jawapku.
Bro : "Ada masalah sikit lah En. Amirul tentang rumah yang encik nak sewa tu," katanya.
Aku dapat rasakan sesuatu yang tak best akan berlaku. Belum lagi bro umah sewa tu cakap aku dah dapatagak mesti tak jadi nak disewakan. Sebab masa aku pegi tengok umah tu ari sebelumnya jiran sebelah rumah tu ada cakap yang rumah tu nak dijual.
Bro : "Rumah yang encik nak sewa tu ada orang nak beli dia nak sain borang ari ni,". katanya
Aku : " Alamak abg saya dah kemas barang dah sewa lori dah beli cat tak kan nak cancel lak,? rayu aku.
Bro :"Em nak buat macam mana encik sebab tu saya kol awal sebelum encik nak masuk rumah esok ( Hari ini ),"
Apa yang berlaku aku redha mungkin ini dugaan dan cabaran bagi aku utnuk menempuh hidup berumah tangga. Nampak gayanya aku kena mencari lagi dan terus mencari sehingga jumpa. Ya Allah Ya Tuhanku bantu lah hamba mu ini.... Amin.

Akhirnya.......ku temui



Setelah sekian lama aku mencari, kini sudah ku temui walaupun ianya agak jauh dari bandar Kuantan aku harus terima sebab banyak faktor yang perlu aku ambik kira. Walaupun harga sewanya RM400 sebulan aku dah tak leh memilih kerana nak cari rumah sewa di dalam bandar Kuantan ni memang susah dan memerlukan kesabaran dan kerajinan tahap maksimum. Dah la aku ni busy orangnya tak ada masa nak pusing2 jadinya setelah mendapat khidmat pertolongan dari kawan ku (Pojie) aku berjaya deal dengan tuan rumah di batu 6 jalan gambang kuantan ni. Alhamdulillah. So ari minggu ni operasi untuk membersihkan rumah, cat rumah, pindah barang dan pelbagai lagi huhuhuhuhhuh.


Mengapa ianya berlaku.....



Kadang2 aku tak paham dengan putaran kehidupa seorang manusia.....pada hakikatnya ada siang dan ada malam. Ada hujan dan ada panas. Ada masa susah dan ada masa senang. Ada masa sedih dan ada masa bergembira. tetapi kadang2 aku terasa bagaikan aku tak dapat merasai kenikmatan itu kerana beberapa sebab. Kenapa di dalam setiap sanubari seseorang itu ada perasaan ketidak percayaan dan keraguan? Betul tak salah kita adakan sedikit perasaan was2 itu tetapi adakah tahapnya tinggi? Sederhana? atau sedikit? Sampai bila perasaan itu akan ada di dalam sanubari seorang yang bernama manusia? Atau ianya akan hilang dengan sendirinya suatu masa nanti?


Kadang2 aku fikirkan kehidupan ini tidak adil bagi diriku.....keperitan yang aku lalui sehingga kesaat ini amat berat dan letih untuk aku tanggung seorag diri. Kejahatan yang dilakukan serng diperkatakan tetapi kebenaran yang termaktub sedikit pun tak dihiraukan. Em, mungkin juga kebaikan itu tidak boleh kita nilai kalau bukan dengan mata kasar seorang manusia. Tetapi hati dan fikiran yang waras perlu lah menafsir sesuatu itu dengan rasional dan menggunakan ideologi yang bernas.

Kadang2 aku merajuk sendirian, aku menanggis sendirian, aku menahan kesedihan sendirian, aku terseksa sendirian. Aku terfikir kata2 orang tua2 "diluah mati mak, ditelan mati bapak" apa sebenar maksudnya?

Oh kehidupan..............aku memohon kepada tuhan yang satu permudahkan lah urusan ku,
Engkau ringankanlah bebananku,
Engkau tabahkanlah tekadku,
engkau kuatkanlah keyakinan dan iltizam ku,
Supaya aku dapat terus menikmati kehidupan ini
dan bumi bertuah ini......




Ops .....sebenarnya aku upload pic ni sebab ianya unik sih...aku dapat dari de ( adik along) dari laman web apa tah lupa lak nanti aku bagi tau semula mmg cantik and canggih2 lah design dia murah pun murah .....

Harga Terbaru Bayu Alam.Foto Design.....PROMOSI!!!!


Mereka yang menjayakan konvoi ke Kuantan / Bukit Gambang Resort City


Segala kenangan telah diabadikan. Aku mintak maaf lah kalau ada diantara geng-geng yang turut serta dalam Konvoi Lipis - Kuantan ni tak ada gambar yang tersiar kerana gambar bersama kereta kesayangan masing-masing ini dirakamkan khas sebelum bergerak ke Maran di Taman Teman Bukit Gambang Resort City.....Kalau ada umur yang panjang boleh lah kita berkonvoi lagi di destinasi yang lebih menarik dan persiapan yang lebih teratur dan terperinci.

kalau ada spare part nak buang,
boleh lah jual kepada kami,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berkonvoi sekali lagi.....


















MyCarMotorclub Konvoi Ke Kuantan....


Pada 31 Oktober 2009 hingga 1 november 2009 kelab kereta Mycarmotorsport telah merealisasikan cadangan aku untuk konvoi ker Kuantan. Pada mulanya aku hanya mencadangakan secara gurauan tak sangka lah plak diaorang bersetuju dan terus mengadakan meeting untuk konvoi tersebut. Walaubagaimanapun geng-geng daripada Daerah raub tak dapat nak join sebab ada masalah-masalah yang tak dapat dielakkan ..... tak pelah geng Raub lain kali kita set semula.

Konvoi sampai ke Bandar Kuantan pada jam 6.00 petang dan mereka terus singgah di kediaman keluarga Angah (salah seorang ahli Mycar) di Sungai Isap Damai, katanya ada kenduri. Pada masa tu aku masih lagi berguling-guling di Taman Gelora untuk fotografi outdoor pasangan pengantin Zul dan Fifi. Setelah selesai aku bergegas pulang untuk bersama-sama ahli-ahli group yang lain sekali lagi halangan tercetus pintu kereta aku lak buat hal patah tah sapa punya angkara adusssssss.....

Jam menunjukkan pukul 7 malam seteleh selesai segalanya yang wajib and yang tak wajib aku terus ke Teluk Cempedak sebab mereka dah tinggalkan aku dan berkumpul di sana menikmati keindahan ciptaan yang maha esa.....huhuhuhuhu......







Setelah beberapa kenangan diabadikan kami bergerak ke destinasi seterusnya dengan misi yang agak besar jugak la. Destinasi yang dimaksudkan adalah ke Arena Futsal Semambu untuk Perlawanan Persahabatan antara Mycarmotorclub A VS Media Pahang manakala Mycarmotorclub B VS RTM. Seperti dijangka keputusannya Mycarmotorclub A menewaskan Media Pahang dan Mycarmotorclub B dikalahkan oleh RTM. Walauapapun aksi mereka sangat hebat. Oh .... lupa aku plak berpaling tadah sekejap sebab aku bermain untuk Media Pahang tapi kalah gok huhuhuhuhuhu......





Sejam telah berlalu keputusan telah diperolehi setelah geng-geng menyiapkan diri kami bergerak ke Restoran Nokis Indera Mahkota untuk menjamu selera dengan sedikit jamuan yang telah aku sediakan (ala-ala kadar jer) terima kasih kepada Pet (tokey restoran) kerana menyediakan mee hoon goreng dan nasi goreng yang sedap sehingga menjilat jari la geng-geng ni makan huhhuhuhuhu lapar tadi dah memerah keringat pekena lak dengan teh o ais dan teh o panas ditambah lak dengan keropok yang ranggup sehingga licin tapi bagus lah abis tak membazirkan senang si Pet nak basuh bekas ...... terima kasih sekali lagi kepada Restoran Nokis....terima kasih pet.



jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam aktiviti Mycarmotorclub tidak melabuhkan tirainya lagi. kami pulang ke rumah tumpangan untuk bersiap-siap melepak di Taman Kerang pulak menikmati kebisingan bandar Kuantan dengan deruan enjin GSR, Mivec, EX5, RXZ dan pelbagai lagi.....menjadi tumpuan jugak lah kitaorang kat Taman Kerang tu walaupun tidak semua berkumpul yelah ada gak yang menumpang kereta orang lain simpan kereta takut kotor huhuhuhu esok nak konvoi lagi.....agak-agak dah bosan kat taman Kerang kami bergerak ke Kedai WWWF di Tanjung Lumpur untuk pekena roti canai dan shisa ( tah betul tah tidak ejaan ni) tapi apabila sampai di sana kempunan da roti abis da.......kesiannnn. Malam terus kelam melabuhkan tirai bulan Oktober ......

1 November 2009, bulan baru untuk akhir tahun 2009 ni....dan bulan ini juga adalah bulan penuh bermakna bagi aku....1st aku akan mendirikan rumahtangga dan 2nd aku join konvoi Mycarmotorclub ke Bukit Gambang Resort City. Tapi pagi tu aku terbangun lambat kol 10 baru bangun terus kol Nan, tanya dah gerak belum....nasib baik belum gerak lagi. Aku mandi cepat2 dan bersiap diaorang dah berkumpul di Taman Kerang dah. Em Aar pun ada walaupun sibuk dengan kerja nya di Dewan Bedah HTAA dia tetap curi masa untuk bersama kami pagi tersebut. (Teman bergambar je la huhuhuhuhu)



Tepat jam 11.30 tengah hri kami bertolak ke Bukit Gambang Resort tapi sebelum tu aku kena la tampal no pada kereta no 16 pun tak kisah lah huhuhuhuhu janji ianya yang terawal dan gempak. Aku dilantik oleh geng2 ni sebagai Marshall hadapan, tugasan yang berat untuk membawa 16 buah kereta lagi dibelakang tapi aku seronok siap dengan sarung tangan putih dah rescue light merah di bumbung kereta aku mengetuai Mycarmotorclub ke Bukit Gambang Resort City......BUKIT GAMBANGGGGGGG TUNGGUUUUUUU ...

Lebih kurang jam 1 tengah hari rasanya atau awal lagi kami sampai di Bukit Gambang Resort City. Setelah mengambil posisi parking yang menarik dengan bantuan pengawal trafik di situ kami bergambar bersama kereta pujaan masing-masing....tapi aku terlupa da gambar aku tak ambik ..... inilah nasib seorang fotografer huhuhuhuh....Bayaran masuk di Gambang Resort ni untuk dewasa RM20 untuk kanak-kanak kureng pasti ...sorry ek..dibantu oleh kakitangan di situ kami dikehendaki memakai gelang sebagai penanda ala macam yang kan Sunway Lagoon tu and genting tu gak...Apabila samapai di dalam kami terus bersiap sedia untuk menikmati apa yang sedia terhidang di sana....aku patut berterima kasih kepada Ki (Myvi Putih) sebab sudi mengambil gambar kami kalau tak tak masuk la muka aku ni dalam gambar-gambar ni....tapi ek kenapa Ki tak mandi???? aaaaaaa takut air huhuhuhhuh....











Sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 3 petang 2 jam kami berendam bersuka ria di Taman Tema yang terbaru ni. Nasib baik hari ujan kalau tak ujan mau lagi kitaorang berendam kuikuikuikui.....selesai bersiap perut mula terasa lapar biasalah main dengan air ni lapar la perut. Aktiviti seterusnya bergerak ke Maran untuk makan tapi sebelum tu sesi fotografer dengan menyusun kesemua kenderaan yang mengikuti konvoi untuk tahun 2009 ni.









 
Copyright 2009 Kisah aku...kehidupan daku.... All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy