RSS
Hello! Welcome to this blog. You can replace this welcome note thru Layout->Edit Html. Hope you like this nice template converted from wordpress to blogger.

Peh best siotttt............


Semalam aku jalan2 dengan bro Jak terjumpa kedai baru di buka Wanda Speedway tempat dan orang yang aku nak cari untuk memahirkan aku dengan permainan RC menggunakan bateri..... tapi barang2 kat Kuantan ni mmg mahal em........ secara kebetulan dia ajak kitaorang ke track malam semalam jam 10.30 di Emprior Speedway jalan Gambut......aku apa lagi melonjak2 kegembiraan la best......

Malam tu seperti yang dijanjikan aku bersama isteri dan bro jak pergi ke litar untuk meninjau2 keadaan kat sana segan gak sih ye la kita beginner diaorang pro....huhuhuhuhu apa pun aku diajar macam mana nak drift dan sebagainya pengalaman yang menarik dan terbaru di dalam hidupku....bermain bersama golongan pro drifter huhuhuhuhu.......

nampak gayanya lepas ni aku akan upgread kan lagi keretaku.....em tapi ada gak cerita kelakar sih bro jak punya kereta dia pada mulanya tak leh nak main ramai2 sebab channel dia sama so bila orang lain dah tak main dia pun main la dan dan kereta tak leh gerak baru je letak kat litar rupanya dah patah tah masa bila patahnya tak tahu huhhuhuhuhu kesian aok bro baru lepas baiki rosak yang lain pulak .......em dugaan nak jadi drifter otai ............

Suatu letupan...........


Keadaan ayah dan ibu mertua ku semakin baik .......... alhamdulillah tapi masih di dalm pemerhatian kami sekeluarga....... seperti biasa aku dan isteriku yang tercinta akan balik ke Kuantan selepas Raja Lawak....(bergelak ketawa la dulu kan).....

Aku : "Aduh sayang malasnya la nak balik", kataku kepada isteriku
Isteri : "Kalau abg malas sayang lagi la malasnya;"

Itu la ungkapan yang terpacul keluar dari mulut kami berdua........ tapi apa kan daya kami mesti meneruskan kehidupan rutin kami iaitu bekerja itulah amanat yang perlu kita sebagai rakyat Malaysia pegang supaya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang jua.

Setelah bersiap2 untuk pulang seperti biasa aku pulang menggunakan jalan belakang (jalan Tongkiat yang berlubang2)dengan kelajuan yang mantain aku memecut jentera biru ku (CAG 9077) setiba di suatu selekoh..........

PPOOOOOOMMMMMMMMMMMMMM...........SYYYYYYHHHHHHHHHHHH...........

Aduh lubang hancur rim aku............di dalam kepala aku...
"Alamak ada tak barang2 dalam bonet aku ni, jack? Pembuka tayar? Tayar? angin Tayar?..... aku memberhentikan kereta di tempat yang selamat dan terang .... apabila aku ke belakang aku dapati tayar ku tiada angin aduh masalah besarrrrrrrr........isteriku menelefon ayah saudaranya yang tgl di kawasan tersebut.....

Setelah menukarkan tayar yang dipinjamkan daripada kawan ayah saudara ku kami mengambil keputusan untuk pulang semula ker UJ untuk menukar kereta.....Malang sungguh nasib ku......



Abis rim aku bengkok dalam bangat lubang tu grrrrrrrrr........apa2 pun tepat jam 2 pagi aku sampai ker rumah ku di Kuantan dengan menaiki kereta ayah mertuaku.....zzzzzzzzzzzzzZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZ

Ya Allah sembuhkan lah mereka........


Ya Allah Ya Tuhanku...... sesungguhnya engkau lah maha pengampun dan maha mengasihani........ sembuhkan lah ayah dan ibu mertuaku dari penyakit yang mereka hadapi sekarang sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa.....
Em ayah mertuaku dah kuar dari hospital tapi tarikh appointment untuk operation punya la lambat 8 March 2010 nak dekat sebulan dari tarikh dia kuar hospital. Mak mertua aku lak tak leh kuar lagi kalau diikutkan Hari Sabtu ni boleh la keluar.......
Apa2 pun aku berharap sangat mereka akan sihat kembali seperti sedia kala boleh la aku ajak ayah mertua kau gi main bowling lagi .............
Kesimpulannya madical card amatlah berguna di saat ini mana tak nya cuba kita bayangkan tempoh masa untuk menunggu untuk operation lama sangat2. Aku ada kol Dr. Lee Pakar di KMC kos rawatan sahaja hampir RM6,000 3 hari 2 malam untuk rawatan hempedu batu karang tersebut.... oleh yang demikian ambik lah madical kad sesungguhnya ianya amat lah berguna......

Adakah ini dugaan???????


minggu ini adalah merupakan minggu yang paling menduga aku sebagai seorang suami, sebagai seorang anak saudara ................. ayah mertuaku masuk hospital jengka.....mak mertua aku demam teruk...........hari ni mak saudara aku masuk wad di HTAA...........aku pulak bekerja ke sana bekerja ke sini.....

Ya Allah sekiranya ini dugaan yang engkau berikan kepadaku aku terima dengan penuh redha sesungguhnya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Mungkin dulu aku tak sebertanggungjawap seperti sekarang....mungkin dulu aku tak akan keluar wang dari saku untuk orang lain tapi sekarang semua nya telah berubah. Aku bermunasabah keseorangan sesungguhnya pengorbanan aku adalah dari keikhlasan dari hati kecilku...

Sesungguhnya kehidupan berumah tangga sungguh mencabar tapi aku bersyukur kerana aku di anugerahkan seorang isteri yang cukup memahami dan bersabar................

Outing ke negeri Penyu














Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 30 hari bulan Januari aku, isteri aku dengan family maksu aku bertolak ke negeri penyu iaitu terengganu. Ini lah aktiviti baru aku selepas bergelar suami berjalan setiap bulan ( kalau berkemampuan ) sebab sebelum kawin dulu memang tak pernah....
Bila sampai ganu ari tu kami puas mencari tempat tinggal hingga la akhirnya kami menginap di Dara Inn kat airport terangganu itu pun dah senja sampai isteri aku dah tertido dah dalam kete. Aku lak sebenarnya tak berapa sihat pening kepala sakit badan demam tapi aku gagahi gak.
kat sana kami just pegi tempat2 yang berkesempatan je seperti pasar payang, pantai batu buruk, masjid kristal, taman tamadun islam dan sebagainya. Kat pasar payang kalau tak bawak RM500 tak sah weh.... Cerita kelakar lak pak su aku teringin sangat nak makan ikan bakar tapi seluruh ganu kami pusing tapi sebuah kedai jual ikan bakar kami tak jumpa hari nak balik baru jumpa itu pun kat Marang at least dapat lah gak huhuuhuhhuhuhuh.

Walau apa pun percutian pertama ni dalam keadaan aku yang tak sihat aku tetap seronok lebih2 lagi dapat melayan anak buah kami (Rayyan) huhhhuhuhu degil and buas budak sorang ni.




 
Copyright 2009 Kisah aku...kehidupan daku.... All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy