RSS
Hello! Welcome to this blog. You can replace this welcome note thru Layout->Edit Html. Hope you like this nice template converted from wordpress to blogger.



Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari,dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

Gerhana matahari agak unik kerana ia membolehkan kita melihat manik Bealley, Cincin intan, Kromosfera, prominens dan korona. Lapisan atmosfera, kromosfera dan korona hanya boleh dilihat dari bumi ketika gerhana penuh matahari.

Antara keistimewaan sewaktu kejadian gerhana matahari adalah keadaan ombak laut yang tenang, binatang seperti burung pulang ke sarang, bunga menguncup dan suhu menurun kepada beberapa darjah

Fasa gerhana matahari

Dalam membuat ramalan terperinci untuk peristiwa semasa berlakunya gerhana matahari penuh , ahli astronomi biasanya merujuk kepada empat sentuhan antara pinggir matahari dan bulan.

1. Sentuhan Pertama adalah apabila bahagian luar bulan pertama kali menyentuh bahagian luar cakera matahari. Ini adalah permulaan fasa separa dan ia sangat susah untuk dicerap kerana matahari sangat cerah dan sudah tentu bulan pada masa itu tidak kelihatan.

2. Sentuhan Kedua berlaku apabila bulan secara perlahan-lahan melindungi matahari, bentuk sabit kelihatan apabila matahari hilang sepenuhnya. Pada masa inilah bermulanya fasa penuh.

3. Sentuhan Ketiga adalah akhir gerhana penuh, iaitu apabila sinaran pertama cahaya matahari kembali semula dan diikuti oleh lindungan matahari secara perlahan-lahan dialihkan.

4. Sentuhan Keempat adalah fenomena semasa bulan meninggalkan cakera matahari

2 comments:

Jaj@n said...

huhu..nnt kawan plak updated pasal gerhana.. hehehe..

mierulbest said...

aok ambik gak ker?

Post a Comment

 
Copyright 2009 Kisah aku...kehidupan daku.... All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy