RSS
Hello! Welcome to this blog. You can replace this welcome note thru Layout->Edit Html. Hope you like this nice template converted from wordpress to blogger.

peh letihhhhhhhhh


hari ini aku melakukan aktiviti yang dah lama aku tak buat dan apabila aku buat aduhai penat giler-giler rasanya.......opss lupa nak bagi tau aktiviti apa .......apa lagi joging la dulu2 aku rajin gak ke taman gelora untuk joging pas tu lama kelamaan dah tinggal.....
So semalam aku cakap kat isteri aku yang aku nak joging semula em salah satu faktornya perut aku dah berlapis la aduh tak handsome la kalau berlapis-lapis bukannya kek lapis huhhuhuhuhhuhuh.
Apa pun setelah selesai Solat Subuh padi tadi aku pun bersiap untuk jog aku pusing kawasan rumah aku jer apa pun aku tak leh nak terus jog yang berat aku kena mula dari mula semula .....tapi sesak gak dada tadi...



Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari,dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.

Gerhana matahari agak unik kerana ia membolehkan kita melihat manik Bealley, Cincin intan, Kromosfera, prominens dan korona. Lapisan atmosfera, kromosfera dan korona hanya boleh dilihat dari bumi ketika gerhana penuh matahari.

Antara keistimewaan sewaktu kejadian gerhana matahari adalah keadaan ombak laut yang tenang, binatang seperti burung pulang ke sarang, bunga menguncup dan suhu menurun kepada beberapa darjah

Fasa gerhana matahari

Dalam membuat ramalan terperinci untuk peristiwa semasa berlakunya gerhana matahari penuh , ahli astronomi biasanya merujuk kepada empat sentuhan antara pinggir matahari dan bulan.

1. Sentuhan Pertama adalah apabila bahagian luar bulan pertama kali menyentuh bahagian luar cakera matahari. Ini adalah permulaan fasa separa dan ia sangat susah untuk dicerap kerana matahari sangat cerah dan sudah tentu bulan pada masa itu tidak kelihatan.

2. Sentuhan Kedua berlaku apabila bulan secara perlahan-lahan melindungi matahari, bentuk sabit kelihatan apabila matahari hilang sepenuhnya. Pada masa inilah bermulanya fasa penuh.

3. Sentuhan Ketiga adalah akhir gerhana penuh, iaitu apabila sinaran pertama cahaya matahari kembali semula dan diikuti oleh lindungan matahari secara perlahan-lahan dialihkan.

4. Sentuhan Keempat adalah fenomena semasa bulan meninggalkan cakera matahari

Berita yang mengembirakan....


Di saat aku lemah badan dek kerana demam dan tangan kiri ku yang tersalah urat aku mendapat kabar gembira dari isteriku yang tersayang......aku memang dah lama menunggu jawapan dari isteriku. Yelah aku naik rimas bila orang tanya isteri dah lekat belum? dah ada tanda belum?........kini jawapan kepada semua soalan tu dah terjawap. Isteriku dah buat ujian kehamilan dan terpampang 2 garisan menunjukkan dah lekat huhuhhuhhuhhuh. Tapi kandungan itu masih baru lagi em......sebulan rasanya. Kini aku kena bersedia untuk menjadi seorang ayah dan perlu lebih memperkukuhkan lagi kedudukan ku dari setiap segi. Gembira....bimbang.....takut......tak sabar2 semua ada dalam dada aku ni.

Opppss terlupa em doktor menjangkakan kelahiran sulung ni pada 5 Ramadhan ....nampak gayanya isteri aku terpaksa ganti puasa sebulan la lepas ni kesian dia. Dan yang paling penting aku beraya dengan kelahiran anak ku yang pertama Insya Allah. Aku harapkan tiada apa yang berlaku sepanjang tempoh ini sesungguhnya saat ini lah yang paling memdebarkan daripada menantikan keputusan peperiksaan SPM kuikuikuuikuikui....

Untuk Tontonan Umum....


Sesuatu yang terbaru............


Semalam adalah sesuatu yang baru dalam hidup aku. Aku tak pernah merasakan keseronokkan bersama keluarga seperti hari semalam. Cuma dalam diam aku terasa sedikit sedih kerana kebahagian itu bukan lah dari keluarga ku sendiri tetapi keluarga mertua aku. Walaubagaimanapun mereka sekarang telah menjadi keluarga aku gak kan.
Apa yang best????...........Yelah semalam mak ayah mertua aku adik2 ipar aku bapak2 mak2 sedara aku datang umah melawat dan tido kat sini. tapi yang kurang syok sikit hari hujan huhhuhuhu. Walau bagaimana pun aku pun buat aktiviti indoor lah apa lagi kalau tidak lain dan tidak bukan bowling. Team aku ( Uban) / Paksu (John Wik Wik) & adik ipar aku (lah) menentang team isteri aku (Jua) / abah mertua aku ( aboh ) & mak sedara aku (sue).
Mlaam tu plak bawak sedara isteri aku (Pokcik) lak datang sebab kereta dia rosak (gear box V6). Lagi satu anak mak sue aku, walaupun dia buas tapi aku seronok... em tak sabar nak dapat anak sendiri. Tapi ada gakl kecewanya ingatkan hari ni kitaorang nak berkelah ke Balok tapi dah kereta Pokcik aku rosak jadinya diaorang pun bergegas nak balik UJ ( Ulu Jempol ).
Walau apa pun aku suka sangat dan tak puas bersama mereka.......em lain kali la nampak gayanya ek huhhuhuhuuhu..... Selamat Tahun Baru 2010

Gerhana Bulan Separa 2010....





Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari ini.

Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia.

Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.
Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.


Selamat Tinggal 2009...........





2009 telah melabuhkan tirainya, 2009 banyak meninggalkan kesan, pengalaman dan kenangan kepada aku dari segi politik, bencana alam, penyakit, kerjaya, kejayaan dan yang paling aku abadikan adalah Majlis Perkahwinan aku huhuhhhuhu.

Kini 2010 telah menjelang, aku harapkan tahun ini akan mengubah diri aku yang baik kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Azam??? em nak cakap azam ni aku dari dulu tak pernah ada azam tapi aku sentiasa inginkan pembaharuan dan peningkatan dalam kehidupan aku.

Nak dimulakan cerita aku bersama isteri tersayang dan adik sepupu ku ke padang MPK 2 untuk meraikan Tahun Baru ingatkan ada lah bunga api tapi bunga kertas je yang meletup dua das apa da huhuhuhuhuhuhu...........Yang menarik dan gempak biasalah geng2 kereta la main audio bergegar dataran tu em sayang Mycar Motorclub tak mengembangkan sayapnya lagi di Kuantan.

"Semalam adalah sejarah,
Hari ini adalah anugerah,
Esok adalah misteri"




 
Copyright 2009 Kisah aku...kehidupan daku.... All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy