Tepat jam 8.15 pagi Ketua Pengarah LPPKN telah sampai dengan dipandu oleh Uncle Ganesan. Dengan senyuman yang manis beliau melangkah keluar dari kenderaan yang beliau naiki dan disambut oleh pengarah LPPKN Pahang Cik Rohaini Ahmad dan staf LPPKN Pahang amnya dan staff LPPKN Raub dan Bentong khasnya. Simbolik ketibaan seorang wanita terhebat di LPPKN disambut dengan jambangan bunga Ros yang dihulurkan oleh Pegawai Tadbir LPPKN Pahang iaitu Encik Ramdzan Hanan. Simbolik perasmian dengan memotong reben di pintu utama Klinik Nur Sejahtera LPPKN Raub di laksanakan dengan ucapan tahniah yang terukir dari bibir manis Ketua Pengarah LPPKN.
Sebagai bukti Klinik Nur Sejahtera LPPKN raub dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPPKN Dato' Aminah Abdul Rahman, replika plak perasmian telah tersergam indah di bahagian hadapan klinik dengan sedikit ucapan dari ketua jururawat dan bacaan doa maka berjayalah perasmian Klinik Nur Sejahtera LPPKN Raub. Di sini di sematkan beberapa kenangan perasmian dan lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB. Dato' Ser Senator Shahrizat Abdul Jalil ke Klinikk Nur Sejahtera LPPKN Raub, Pahang.
3 comments:
nice.. well done
good,well done,full support
May i know where the location is?
Post a Comment