RSS
Hello! Welcome to this blog. You can replace this welcome note thru Layout->Edit Html. Hope you like this nice template converted from wordpress to blogger.

Telah lama ku tinggalkan.....


Assalamualikum........

dah lama sangat kawan tak update blog kawan ni..... terlalu banyak perkara yang perlu kawan settlekan ..... bila terfikirkan rugi plak tak update ye la sekarang nikan zaman teknologi dihujung jari.... sayang la kalu kita tak seiring dengan peredaran zaman ni...

Tapi yang sebenarnya kawan tak tau nak update tentang apa di blog kawan ni. Kalu nak bercakap tentang aktiviti kawan. semuanya kawan dah update di blog dan laman2 sosial yang sepatutnya huhhuhuhuh. Apa apa pun kali ni saja2 nak upload gambar2 yang telah aku tangkap masa ke Raub tempoh hari.....Oppsss terlupa Selamat Menyambut Ramadan Al - Mubarak....kepada semua umat Islam di seantero dunia.




Perasmian Klinik Nur Sejahtera LPPKN Raub

Raub 10 Ogos 2010, Setelah sekian lamanya kini Klinik Nur Sejahtera LPPKN Raub berwajah baru dengan banggunan yang tesergam indah dan perkakasan dalaman yang menepati citarasa pengunjung yang memerlukan perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik Nur Sejahtera Raub ini.






Tepat jam 8.15 pagi Ketua Pengarah LPPKN telah sampai dengan dipandu oleh Uncle Ganesan. Dengan senyuman yang manis beliau melangkah keluar dari kenderaan yang beliau naiki dan disambut oleh pengarah LPPKN Pahang Cik Rohaini Ahmad dan staf LPPKN Pahang amnya dan staff LPPKN Raub dan Bentong khasnya. Simbolik ketibaan seorang wanita terhebat di LPPKN disambut dengan jambangan bunga Ros yang dihulurkan oleh Pegawai Tadbir LPPKN Pahang iaitu Encik Ramdzan Hanan. Simbolik perasmian dengan memotong reben di pintu utama Klinik Nur Sejahtera LPPKN Raub di laksanakan dengan ucapan tahniah yang terukir dari bibir manis Ketua Pengarah LPPKN.






Sebagai bukti Klinik Nur Sejahtera LPPKN raub dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPPKN Dato' Aminah Abdul Rahman, replika plak perasmian telah tersergam indah di bahagian hadapan klinik dengan sedikit ucapan dari ketua jururawat dan bacaan doa maka berjayalah perasmian Klinik Nur Sejahtera LPPKN Raub. Di sini di sematkan beberapa kenangan perasmian dan lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB. Dato' Ser Senator Shahrizat Abdul Jalil ke Klinikk Nur Sejahtera LPPKN Raub, Pahang.












Bilakah kita mampu meruntuhkan tembok besar China???



Sekadar gambar hiasan tanda kenangan Piala thomas 1992

Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap dua tahun. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang menderma piala ini pada tahun 1939. Pertandingan pertama berlangsung pada tahun 1948-1949. Pertandingan bagi berpasukan wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.

Tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992 adalah tahun - tahun yang menjulang nama Malaysia ke persada dunia memenangi Piala Thomas. Dan semenjak tahun 1992 tiada lagi Lagu Negaraku berkumandang di ruang dewan yang hanya kedengaran adalah lagu-lagu dari negara-negara Asia yang lain.

Kini masih lagi menjadi persoalan di hati bagaimanakah kita hendak meruntuhkan tembok besar China di persada badminton dunia. Walaupun pemain-pemain Malaysia menduduki ranking tertinggi di dalam rekod dunia seperti Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki) di ranking yang pertama manakala pasangan beregu negara j(Koo kean Kiat - Tan Boon Heong) uga di kedudukan pertama dunia tidak dapat menandingi kehebatan dan ketangkasan pemain-pemain dari China dan Indonesia malah lahir beberapa pemain dari negara-negara lain seperti Denmark dan Jepun mampu menyangi mereka.

oleh yang demikian ayuhhh Persatuan Badminton Malaysia cari penyelesaian secepat yang mungkin supaya segala yang telah dirampas akan kembali ke pangkuan negara kita Malaysia yang tercinta.



Sekolah@LPPKN..."Remaja Unggul, Wawasan Negara"


























































Sekolah@LPPKN kali ini telah bertolak ke daerah Raub pada 04052010. pada mula nya kami mengadakan meeting Unit Kaunseling bagi menjimatkan kos perjalanan......(jimat jimat jimat). Walaupun meeting kami sempoi jer tapi banyak isu-isu dan perkara-perkara berbangkit yang ditimulkan oleh semua PPM di daerah-daerah. Tapi sebenarnya aku menaip coretan ini adalah untuk berstory tentang program Sekolah@LPPKN di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Raub yang bertemakan "Remaja Unggul, Wawasan Negara"......setelah setahun aku dah lama tak buat slot Salam Perkenalan rasa mengah gak aku tapi di sebalik cite ni ada gak cite sakit hati tapi sekejap je la sakitnya huhhuhuhuhu semalam aku tido lewat menyiapkan slide aku mana tak nya si Fizul dia leh ttp plak laptop aku ....aku lak tak save adusssssssss (Teringat zaman belajar dulu...time2 buat assingment).

Program bermula tepat jam 8.30 pagiiiii!!! dengan topik Tak Kenal Maka Tak Cinta daripada uncle ...... pelbagai aktiviti telah dimasukkan bagi memeriahkan lagi suasana dan menaikan semangat para peserta. Selepas itu Anjakan Paradigma daripada Pak Chu disambung pula Jalingan Mesra oleh Kak Chu....dan aktiviti di teruskan oleh Pak Chu sekali lagi dengan tajuk Say No. Setelah penat setengah hari menyampaikan ilmu kepada adik2 kami berehat untuk makan tengah hari, tapi aku dan Pak Lang tidak bersama team yang lain untuk makan tenga hari .....( cari feel huuhuhuhuhu)

Tepat jam 2.00 petang.... Pak Lang memulakan aktiviti dengan Slot Masih Ada Yang Sayang............(penyelesaian kes) dan diakhiri dengan slot Impak Maksima oleh Uncle sekali lagi bersama2 dengan Kak Long..... Saat ini aku menggunakan segala ilmu yang aku pelajari dari kursus yang telah aku hadiri semasa Kursus Bina Insan di Pantai Cahaya Bulan minggu lepas ........dan keputusan nya sangat memberangsangkan........terima kasih UWAIS Consultancy..... Aku menghabiskan aktiviti kami pada kali ini tepat jam 5.00 petang..........Alhamdulillah kerjasama pihak sekolah dan para peserta amat mengalakkan.........kalau ada rezeki dan peluang yang lain akan kami datang lagi...........


















Ohh...E72 Ohhh...E71




Setahun aku idamkan jenama ini dan akhirnya pada 22 April yang lalu aku berjaya milikinya bukan satu , tapi dua. 72---->Aku manakala 71----->isteriku..........Kisahnya panjang dan sedikit kelakar ......sebenarnya jenama ini kami jadikan hadiah hantaran di majlis perkahwinan kami yang lalu tapi kerana nakk cut cost kami beli jenama lain dan tak jadi sebagai hantaran sebab kami dah guna dulu huhhuhuhuhh..(tak kan nak letak kotak je kan)...........

Pada mulanya isteriku puas dah memikir yang mana satukah idaman kalbu........dan akhirnya jawapan telah terungkai 71 menjadi idaman walaupun keypadnya sedikit kecil nak di bandingkan dengan jari jemari kami yang besar ni huhuhuhuhuhu..........

Ohhh E72....ohhh E71

Di sebalik kisah Kuala Lipis menjadi ibu negeri 1888



Ringkasan Salasilah

Pada pertengahan kurun ke-19 tanjung disebelah kiri hilir di Sungai Lipis ada sebuah kampung. Ianya dimiliki oleh Haji Wan Daud bin Wan Pahang yang dikenali sebagai Orang Kaya Setia Raja pada 30 Dis 1863.

Kedudukan Orang Kaya Haji di Tanjung Kuala Sungai Lipis mula terancam apabila Inggeris diterima menjalankan pentadbiran negeri Pahang yang bermula pada 1 Julai 1888. Ini adalah kerana tiada beberapa lama selepas J.P.Rodger menjadi Residen Pahang beliau telah mencadangkan hendak memindah pusat pentadbiran dari Pekan ke Kuala Lipis. J.P.Rodger berharap dengan jalan itu maka dapatlah Hulu Pahang yang banyak mengeluarkan emas, dijaga lebih sempurna, lagi pula Kuala Lipis adalah lebih dekat dengan Kuala Lumpur benbanding dengan Pekan.

Cadangan kerajaan hendak memindahkan pusat pentadbiran dari Pekan Ke Kuala Lipis itu amat mendukacita Orang Kaya Haji. Beliau tidak bersetuju sangat kerana beliau tahu apabila pusat pentadbiran dipindahkan ke tempat yang dipilih itu tentu sekali kampungnya akan dimasukan ke dalam rancangan itu. Orang-orang besar Hulu Pahang yang lain tidak juga bersetuju dengan rancangan kerajaan itu. Ini ialah kerana mereka percaya apabila pusat pentadbiran dipindahkan ke Hulu Pahang tentulah susah mereka hendak menjalankan kerja yang biasa mereka lakukan seperti mengutip cukai dan sebagainya.

Walaupun telah diketahuhi bahawa Orang Kaya Haji tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan itu W.C Michell berusaha dan berjaya mendapat persetujuan anak-anak Orang Kaya Haji. Anak-anak orang Kaya Haji yang diketuai oleh Wan Lingga bersetuju menerima bayaran sebanyak $200.00 sebagai harga tanah kepunyaan Orang Kaya Haji. Apa yang dilakukan oleh anak-anaknya itu menambah marahnya Orang Kaya Haji hinggakan dia jadi seolah-olah seperti orang gila.

Disebabkan terjadi perkara yang tidak dingini maka pihak Inggeris telah meminta jasa baik Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai(Tok Raja) dan Orang Kaya Indera Setia Raja Gajah Pahang (Tok Gajah) untuk menyelesaikan perkara itu denga Orang Kaya Haji. Dengan tidak berlengah lagi maka Tok Raja Wan Muhamad menemui Orang Kaya Haji dan bercadangkan supaya diadakan suatu perundingan. Cadangan Tok Raja itu dipersetujui oleh Orang Kaya Haji.

Ia diadakan si sebidang pasir disebelah hulu Kuala Sungai Lipis. Di atas pasir itu Tok Raja telah memakat supaya Orang Kaya Haji bersetuju dengan rancangan kerajaan itu. Tok Raja menjelaskan iaitu Orang Kaya Haji akan diberi tempat lain sebagai ganti tanahnya yang akan diambil oleh kerajaan.

Sungguhpun berbagai hujah dikemukakan oleh Tok Raja dan juga Tok Gajah sebagai memujuk Orang Kaya Haji supaya bersetuju dengan rancangan kerajaan itu akan tetapi beliau (Orang Kaya Haji) masih berkeras. Sesudah Orang Kaya Haji menjelaskan pendirianya dengan berkata “Pantang tarik puntung, sebelum padam nyala”. Dengan kata-kata demikian, maka Orang Kaya Haji pun meninggalkan pakatan tersebut.

Dengan keputusan yang dibuat oleh Orang Kaya Haji itu maka hapuslah segala harapan hendak menyelesaikan masalah tanah di Tanjung Sungai Lipis itu dengan jalan pakat. Perkara itu dimaklumkan oleh Tok Raja kepada pihak yang menyerahkan urusan itu kepadanya.

Pihak Inggeris tidak puas hati dengan perbuatan Orang Kaya Haji itu. Sebab itu pihak Inggeris telah membuat fitnah dengan menyatakan Orang Kaya Haji itu gila. Kesudahanya Orang Kaya Haji ditembak mati dihadapan rumahnya dalam tahun 1889 itu juga. Jenazah Orang Kaya Haji, Haji Wan Daud bin Wan Pahang, di kebumikan di Tanjung Rambai, disebelah kanan hilir Sungai Lipis lebih kurang 2.5 batu dari kawasan rumahnya ditanjung sebelah kiri di Kuala Lipis.

Dengan terbunuhnya Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud bin Wan Pahang(Orang KayaHaji) dalam tahun 1889 itu maka matilah hulubalang Pahang yang pertama menentang campur tangan Inggeris di Pahang. Jang Aisjah Muttalib di dalam bukunya berjudul “Pemberontakan Pahang 1891-1895” 1972 menulis diantara lain seperti berikut:

“Walaupun perlawanan Orang Kaya Haji adalah satu perlawanan seorang gila tetapi perlawanan itu dilakukan terhadap Inggeris yang menceroboh menggangu haknya”

Pembunuhan ke atas Orang Kaya Haji amat mendukacitakan Sultan Ahmad. Berhubung dengan perkara ini W.Linehan didalam sejarah Pahang JMBRAS VOL.XIV,Pt May 1936 menulis seperti berikut.

“The Sultan was deeply distreed at the death of acheif who had bee one of his most staunch adherents in the past and in after –year when it was suggested that the capital of Pahang shouid be changed to a more suitable site, Ahmad declared that he would never agree to the abandoment of Kuala Lipis as the ground had been hallowed by blood-shed”

KOMEN

“Betullah cerita orang tua di Lipis...” : Dataran Lipis, Tapak Rumah Pegawai Daerah Lipis merupakan sebahagian tanah Orang Kaya Haji yang telah diambil oleh Inggeris dengan sungguh ‘tragic’. Wan Jamaludin Wan Bidin dalam tulisannya : Peminggiran sejarah Orang Kaya Haji berlaku apabila Orang Kaya Haji atau lebih tepat pemangku selepasnya serta pengikut-pengikutnya “dianggap” sebagai penentang atau pemberontak kepada Inggeris dan Sultan. Lantaran itu sejarah dan kisah hidupnya dianggap tidak penting lagi. Nama besar Orang Kaya Haji terus dipinggir terutama selepas perlantikan Wan Muhammad sebagai Maharaja Perba Jelai pada 1882.

Rujuk:

Dato Haji Zakaria bin Hitam – Asal Usul Nama Tempat Bersejarah Negeri Pahang

Konvoi Silaturahim Lipis - Temerloh 2010













Pada hari Sabtu baru ni sekali lagi aku berkonvoi dengan MycarMotorClub tapi kali ni lain sikit sebab aku ada peneman iaitu isteri ku merangkap Marshall huhuhuhuh..............Perjalan bermula dari Kuala Lipis dan minum pagi di Raub sementara berkumpul dengan ahli-ahli di Raub setelah selesai makan kami bergerak ke Bentong .................Dan akhir sekali kami ke Temerloh...

Sebelum itu kami singgah di Kuala Gandah ....tempat pemuliharaan gajah di Lanchang........Tapi kami sampai lewat jadinya kami tak dapat melakukan aktiviti menunggang gajah manakala mandi bersama gajah juga kami tak dapat sebab air sungai besar............

Selesai di Kuala Gandah kami bertolak ke Bandar Temerloh untuk minum petang bersama2 YB. Datuk Dr. Shahrum ahli Parlimen Lipis dan aktiviti beramah mesra...............Sepanjang perjalanan tiada yang bermasalah semuanya ok menekan padel minyak tiada masalh yang dikenal pasti.

Oleh yang demikian gambar2 yang sempat dirakam dijadikan kenangan kepada kita


 
Copyright 2009 Kisah aku...kehidupan daku.... All rights reserved.
Free WordPress Themes Presented by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy