Assalamualikum........
dah lama sangat kawan tak update blog kawan ni..... terlalu banyak perkara yang perlu kawan settlekan ..... bila terfikirkan rugi plak tak update ye la sekarang nikan zaman teknologi dihujung jari.... sayang la kalu kita tak seiring dengan peredaran zaman ni...
Tapi yang sebenarnya kawan tak tau nak update tentang apa di blog kawan ni. Kalu nak bercakap tentang aktiviti kawan. semuanya kawan dah update di blog dan laman2 sosial yang sepatutnya huhhuhuhuh. Apa apa pun kali ni saja2 nak upload gambar2 yang telah aku tangkap masa ke Raub tempoh hari.....Oppsss terlupa Selamat Menyambut Ramadan Al - Mubarak....kepada semua umat Islam di seantero dunia.
Perasmian Klinik Nur Sejahtera LPPKN Raub
Posted in
Raub 10 Ogos 2010, Setelah sekian lamanya kini Klinik Nur Sejahtera LPPKN Raub berwajah baru dengan banggunan yang tesergam indah dan perkakasan dalaman yang menepati citarasa pengunjung yang memerlukan perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik Nur Sejahtera Raub ini.
Tepat jam 8.15 pagi Ketua Pengarah LPPKN telah sampai dengan dipandu oleh Uncle Ganesan. Dengan senyuman yang manis beliau melangkah keluar dari kenderaan yang beliau naiki dan disambut oleh pengarah LPPKN Pahang Cik Rohaini Ahmad dan staf LPPKN Pahang amnya dan staff LPPKN Raub dan Bentong khasnya. Simbolik ketibaan seorang wanita terhebat di LPPKN disambut dengan jambangan bunga Ros yang dihulurkan oleh Pegawai Tadbir LPPKN Pahang iaitu Encik Ramdzan Hanan. Simbolik perasmian dengan memotong reben di pintu utama Klinik Nur Sejahtera LPPKN Raub di laksanakan dengan ucapan tahniah yang terukir dari bibir manis Ketua Pengarah LPPKN.
Sebagai bukti Klinik Nur Sejahtera LPPKN raub dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPPKN Dato' Aminah Abdul Rahman, replika plak perasmian telah tersergam indah di bahagian hadapan klinik dengan sedikit ucapan dari ketua jururawat dan bacaan doa maka berjayalah perasmian Klinik Nur Sejahtera LPPKN Raub. Di sini di sematkan beberapa kenangan perasmian dan lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB. Dato' Ser Senator Shahrizat Abdul Jalil ke Klinikk Nur Sejahtera LPPKN Raub, Pahang.
Subscribe to:
Posts (Atom)